Kepelbagaian Fahaman Konsep Bangunan Hijau dalam Kalangan Pelaksana Pembinaan di Malaysia

Authors

  • Nurul Imanina Zulkiflee Faculty of Civil Engineering and Built Environment, UTHM
  • Sushilawati Ismail Faculty of Civil Engineering and Built Environment, UTHM

Keywords:

Bangunan Bangunan Hijau, Amalan Hijau, GBI

Abstract

Bangunan hijau merupakan bangunan yang mana reka bentuk, pembinaan atau operasinya, dapat mengurangkan kesan negatif terhadap iklim dan persekitaran semula jadi. Ia secara tidak langsung memelihara sumber semula jadi dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup. Namun begitu, bangunan hijau belum menjadi praktis penting dalam industri pembinaan di Malaysia. Pendedahan yang terhad tentang konsep bangunan hijau menyebabkan orang awam masih tidak familiar dan salah faham tentang konsep bangunan hijau yang sebenar. Malahan dikalangan pengamal pembinaan mahupun ahli-ahli akademik juga tidak terkecuali dengan kesalahfahaman ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat kepelbagaian konteks pemahaman konsep bangunan hijau Malahan dikalangan pelaksana pembinaan di Malaysia. Kajian ini dimulai dengan penerokaan definisi dan konsep bangunan hijau melalui kajian literatur. Seterusnya, temubual bersama 5 orang pelaksana pembinaan dari pelbagai organisasi telah dijalankan untuk mengumpul data. Secara keseluruhannya, kajian mendapati responden berpendapat bangunan hijau adalah bangunan cekap yang dapat menjimatkan tenaga, air dan sumber serta menjaga kesihatan penghuni bangunan. Selain daripada itu, di dapati faktor-faktor seperti kurang pendedahan, latihan dan pendidikan dalam kalangan pelaksana pembinaan menyebabkan maklum balas responden terhadap subtopik alat penarafan bangunan hijau amat terhad. Kajian lanjutan yang lebih khusus mengikut kategori pelaksana harus dijalankan di masa akan datang supaya keseragaman pemahaman dapat dikenalpasti seterusnya keperluan strategi pemerkasaan dapat dibangunkan.

 

Kata Kunci: Bangunan Hijau, Amalan Hijau, GBI.

 

Abstract: Green buildings are buildings whose design, construction or operation, can reduce the negative impact on climate and the natural environment. It indirectly conserves natural resources and in turn improves the quality of life. However, green building has not become an important practice in the construction industry in Malaysia. Limited disclosure of the green building concept has left the public unfamiliar and misunderstood about the actual green building concept. Even among construction practitioners and academics are no exception to this misunderstanding. Therefore, this study aims to look at the diversity of contexts of understanding the concept of green building even among construction player in Malaysia. This study begins with an exploration of the definition and concept of green building through a literature review. Next, interviews with 5 construction practitioners from various organizations were conducted to collect data. Overall, the study found that respondents think green buildings are efficient buildings that can save energy, water and resources as well as maintain the health of building occupants. Apart from that, it was found that factors such as lack of exposure, training and education among construction players caused the respondents' response to the subtopic of green building rating tool is very limited. More specific follow-up studies by category of practitioners should be conducted in the future so that uniformity of understanding can be identified and the need for empowerment strategies can be developed.

 

Keywords: Green Building, Green Practices, GBI

Downloads

Published

11-07-2023

How to Cite

Zulkiflee, N. I., & Ismail, S. . (2023). Kepelbagaian Fahaman Konsep Bangunan Hijau dalam Kalangan Pelaksana Pembinaan di Malaysia. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 4(2), 12-20. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/5899