Implikasi Pandemik COVID-19 Dari Aspek Ekonomi: Perspektif Kontraktor Pembinaan di Malaysia

Authors

  • Muhammad Adib Farhan Othman Faculty of Civil Engineering and Built Environment, UTHM
  • Sushilawati Ismail Faculty of Civil Engineering and Built Environment, UTHM

Keywords:

COVID-19, Ekonomi, Kontraktor pembinaan

Abstract

Sejak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan wabak Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) sebagai pandemik, banyak negara melaksanakan sekatan pergerakan sepenuhnya setelah peningkatan kes COVID-19 harian yang luar biasa. Hampir semua tempat di dunia hari ini telah dijangkiti oleh wabak COVID-19. Sebilangan besar aktiviti komersial, ekonomi dan sosial di dunia telah terjejas oleh wabak COVID-19. Tidak terkecuali juga, industri pembinaan dan kejuruteraan, mereka juga sangat terjejas oleh krisis ini. Kajian-kajian terdahulu telah membuktikan terdapat pelbagai faktor yang dihadapi oleh sektor pembinaan yang menyebabkan kegagalan kepada syarikat-syarikat pembinaan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor ekonomi yang terkesan akibat COVID-19 bagi projek pembinaan, terutamanya pada kontraktor pembinaan di Malaysia. Kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik telah digunakan sebagai kaedah untuk proses pengumpulan data melalui platform e-mel, Facebook, WhatsApp dan panggilan telefon secara terus. Kemudian, maklum balas daripada responden telah dianalisis secara statistik. Berdasarkan nilai purata, tahap kritikal faktor-faktor yang berkenaan telah dikenalpasti. Secara keseluruhan, kajian mendapati tiga faktor ekonomi yang paling terkesan adalah kenaikan kos bahan binaan, kelewatan proses bayaran wang projek serta aliran tunai dan pusingan modal yang terjejas. Diharap dapatan kajian ini dapat memberi pengetahuan dan menjadi garis panduan kepada pelaksana-pelaksana pembinaan agar dapat lebih bersedia dengan mengambilkira kemungkinan-kemungkinan tersebut dalam proses perancangan projek pembinaan di masa akan datang.

Downloads

Published

09-01-2024

How to Cite

Othman, M. A. F., & Ismail, S. (2024). Implikasi Pandemik COVID-19 Dari Aspek Ekonomi: Perspektif Kontraktor Pembinaan di Malaysia. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 4(3), 403-413. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/5912