Analisis Keberkesanan Google SketchUp Terhadap Pembinaan Kerja-Kerja Infrastruktur

Authors

  • Mohamad Fazwan Mohd Nasir fazwan
  • Isham Ismail

Keywords:

Effectiveness, Construction Engineering, Infrastructure Work

Abstract

Kajian ini memberi pendedahan dalam penggunaan perisian Google SketchUp bagi menghasilkan model infrastruktur dan menganalisis keberkesanan Google SketchUp. Penggunaan Google SketchUp tidak digunakan secara meluas dalam kerja-kerja infrastruktur dan Kejuruteraan Pembinaan sering menyebut tentang pendekatan mereka bentuk maya dan pembinaan dalam pendekatan integrasi pembelajaran dengan membangunkan pemodelan untuk pendidikan Kejuruteraan Pembinaan. Objektif kajian ini ialah untuk menghasilkan model infrastruktur dengan menggunakan perisian Google SketchUp dan menganalisis keberkesanan perisian Google SketchUp dalam pembinaan kerja-kerja infrastruktur melalui kaji selidik. Kaedah kajian iaitu menggunakan soal selidik merujuk pada keebrkesanan perisian ini dalam pembinaan kerja-kerja infrastruktur. Analisis menggunakan kaedah Relatif Indeks Kepentingan dilakukan setelah kesemua data diperolehi dari soal selidik. Hasil mendapati kedudukan pertama dari soalan 6 (Google SKetchUp mampu memajukan kerja-kerja infrastruktur) dengan nilai RII 0.7109 manakala bagi kedudukan kedua pada soalan 4 (lakaran awal melalui Google SketchUp memudahkan kerja-kerja pembinaan). Kupasan soal selidik soalan 6 adalah masalah kejadian kecemasan dapat diatasi dengan melakar kawasan yang sesuai bagi arah jalan kecemasan untuk pekerja semasa merancang pelan tindakan kecemasan melalui Google SketchUp manakala kupasan soalan 4 ialah lakaran awal boleh dilakukan dalam mengalihkan bahan-bahan binaan dari stor ke kawasan lebih strategic dan selamat serta penyusunan jentera berat di tapak pembinaan. Konklusi ini ialah Google SketchUp mempunyai keberkesanan perisian yang tersendiri untuk penggunaan pendidikan Kejuruteraan Pembinaan dalam menghasilkan pemodelan berdasarkan pendekatan integrasi pembelajaran dan boleh digunakan untuk menghasilkan model dalam pembinaan kerja-kerja infrastruktur.

Downloads

Published

30-06-2022

How to Cite

Mohd Nasir, M. F., & Ismail, I. (2022). Analisis Keberkesanan Google SketchUp Terhadap Pembinaan Kerja-Kerja Infrastruktur. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 3(1), 83-95. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/4437