Kajian Keselesaan Termal Dalaman Antara Bata Tanah Liat Bakar dan Bata Tanah Liat Terstabil Termampat
Keywords:
Keselesaan termal dalaman, bata tanah liat, ECOTECT, nilai-UAbstract
Keselesaan termal dalaman sememangnya dipengaruhi oleh beberapa faktor utama yang boleh memberi impak yang besar kepada kehidupan seharian manusia. Antara faktor yang boleh mempengaruhi keselesaan termal dalaman ialah penggunaan jenis bata tanah liat yang berbeza. Tahap keselesaan termal yang rendah mengakibatkan kesihatan pengguna turut terjejas. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti suhu keselesaan termal dalaman bagi bata tanah liat bakar dan bata tanah liat api terstabil termampat serta menentukan tahap keselesaan termal dalamannya. Kajian ini dijalankan dengan melakukan simulasi terhadap sebuah model rumah banglo satu tingkat dengan menggunakan ECOTECT. Perbezaan nilai U antara kedua-dua jenis bata ini dapat dikenalpasti iaitu 0.500 W/m2K. Oleh itu, kajian ini membuktikan bahawa bata tanah liat terstabil termampat mempunyai tahap keselesaan yang lebih baik. Namun dengan penambahan bahan-bahan lain di dalam bata dan menanam pokok juga boleh membuatkan tahap keselesaan termal dalaman juga meningkat.