Kajian Tentang Impak Covid-19 Terhadap Perkhidmatan E-Hailing

Authors

  • NUR FATIHAH RAZALI UTHM
  • DR. BASIL DAVID DANIEL

Keywords:

Impak Covid-19, Penumpang perkhidmatan E-Hailing, Perkhidmatan E-Hailing

Abstract

Perkhidmatan E-Hailing sangat penting bagi setiap masyarakat diseluruh negara lebih-lebih lagi jika memerlukan hal-hal yang penting dan tidak dapat dielakkan antaranya ialah jika terlepas kenderaan awam seperti bas. Walau bagaimanapun, sepanjang berlakunya pandemik Covid-19, permintaan perkhidmatan E-Hailing tidak dapat sambutan yang memberangsangkan akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilakukan. Objektif bagi kajian ini ialah mengkaji kesan pandemik Covid-19 terhadap penggunaan perkhidmatan E-Hailing dan mengkaji hubungan risiko keselamatan dan sosial dalam kalangan pengguna perkhidmatan E-Hailing. Ujian Friedman digunakan sebagai alternatif dari Ujian Repeated Measures Anova apabila nilai Standardized Residual dari salah satu atau seluruh pemboleh ubah tidak berdistibusi normal. Tambahan lagi, ujian ini merupakan bahagian dari statistik non-parametrik. Digunakan untuk menguji perbezaan dari 3 sampel atau lebih yang saling berhubung antara yang lain. Dengan melakukan ujian kenormalitian pada nilai Standardized Residual, hasilnya adalah tidak normal. Maka, analisis data menggunakan ujian Repeated Measures Anova. Sebanyak 16.67% (3 faktor) daripada nilai median ini menyatakan reponden sangat setuju bahawa faktor arahan perintah kawalan pergerakan, takut bahaya dengan Covid-19 dan mengurangkan kebarangkalian penumpang tidak menggunakan perkhidmatan E-Hailing sepanjang Pandemik Covid-19. Selebih daripada bilangan tersebut mempunyai nilai median sebanyak 83.33% (15 faktor) setuju. Cadangan bagi analisa faktor pengurangan perkhidmatan E-Hailing ketika pandemic Covid-19 ialah rata-rata responden risau dengan penularan wabak tersebut terutama sekali mengenai isu jangkitan.

Downloads

Published

05-12-2021

How to Cite

RAZALI, N. F., & DAVID DANIEL, D. B. (2021). Kajian Tentang Impak Covid-19 Terhadap Perkhidmatan E-Hailing. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 3(1), 794-804. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/3117