Kesan Penggunaan Konkrit Campuran Serbuk Kulit Kupang Terhadap Pengawetan Di Dalam Larutan Sodium Klorida

Authors

  • Muhammad Shariz Haiqal Sahran UTHM

Keywords:

Serbuk kulit kupang, Sodium klorida, Ujian mampatan, Ujian tegangan

Abstract

Penggunaan bahan tambah dalam konkrit seperti kulit kupang merupakan salah satu inovasi dalam mengaitkan penggunaan sumber dari alam semula jadi dalam bidang pembinaan. Tujuan kulit kupang digunakan adalah untuk mengkaji keupayaan mampatan dan tegangan konkrit campuran serbuk kulit kupang di dalam pengawetan larutan sodium klorida. Peratus optimum campuran serbuk kulit kupang juga dikenal pasti di dalam konkrit terhadap larutan sodium klorida. Antara ujikaji yang dijalankan termasuklah ujian graviti tentu, ujian penurunan, ujian tegangan, ujian mampatan dan ujian ketumpatan. Bagi penyediaan ujikaji, dua bentuk sampel digunakan iaitu bentuk kiub bersaiz 100mm x 100mm x100mm dan silinder bersaiz 100mm diameter dan 200mm tinggi. Bagi ujian mampatan, kadar peratusan serbuk kulit kupang yang optimum berada pada 1% dan diawet selama 28 hari manakala bagi ujian tegangan pula, nilai optimum kekuatan tegangan berada pada konkrit yang mempunyai 2% serbuk kulit kupang yang diawet selama 28 hari. Peratusan 2% serbuk kulit kupang (KK2) merupakan peratus optimum kerana KK2 mempunyai kekuatan tegangan yang paling tinggi jika dibandingkan dengan konkrit normal (KN) dan peratusan 1% serbuk kulit kupang (KK1) serta jumlah nilai perbezaan kekuatan mampatan antara KK2 dan KK1 adalah rendah.

Downloads

Published

17-01-2022

How to Cite

Sahran, M. S. H. (2022). Kesan Penggunaan Konkrit Campuran Serbuk Kulit Kupang Terhadap Pengawetan Di Dalam Larutan Sodium Klorida. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 3(1), 1088–1094. Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/3101