Penggunaan Kulit Kerang (Anadara granosa) Sebagai Bahan Gantian Agregat Kasar Di Dalam Konkrit Telap

Authors

  • Abdul Muiz Zainudin UTHM

Keywords:

Konkrit telap, Kulit kerang, Ujian mampatan, Ujian penyusupan air

Abstract

Kulit kerang dari spesis (Anadara granosa) merupakan bahan sisa makanan yang boleh dijadikan sebagai bahan gantian agregat kasar dalam campuran konkrit di dalam kerja-kerja pembinaan. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan sifat-sifat fizikal kulit kerang sebagai bahan gantian agregat kasar sekaligus menentukan kekuatan mampatan dan kadar ketelapan konkrit telap diperbuat daripada campuran bahan yang dinyatakan dan mengenalpasti nisbah campuran peratus optimum kulit kerang yang diperlukan. Peratusan kulit kerang yang digunakan adalah 10%, 30% dan 50% berdasarkan berat agregat kasar manakala nisbah campuran air:simen:pasir adalah 0.6: 1:3.5. terdapat dua bentuk sampel disediakan iaitu sampel kiub bersaiz (100mm x 100mm x 100mm) dan sampel acuan (40mm x 175mm x 250mm) dimana jumlah sampel yang disediakan ialah sebanyak 48 sampel. Kekuatan mampatan konkrit telap meningkat apabila 10% dan 30% kulit kerang digunakan. Kadar ketelapan konkrit telap juga meningkat apabila peratusan kulit kerang yang digunakan meningkat. Nilai peratus optimum kulit kerang sebagai bahan gantian agregat kasar adalah sebanyak 30%.

Downloads

Published

17-01-2022

How to Cite

Zainudin, A. M. (2022). Penggunaan Kulit Kerang (Anadara granosa) Sebagai Bahan Gantian Agregat Kasar Di Dalam Konkrit Telap. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 3(1), 1039-1047. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/3084