Penggunaan Kulit Etok (Corbiculacea) Sebagai Bahan Gantian Agregat Kasar di dalam Konkrit Telap

Authors

  • Mohamad Farhan Mohd Pauzi
  • Abdul Halim Abdul Ghani

Keywords:

Kulit Etok, Kebolehkerjaan, Ketumpatan, Kekuatan Mampatan, Kadar Penyusupan Air

Abstract

Etok atau etak merupakan haiwan kerang-kerangan yang boleh didapati di dasar sungai di Malaysia. Etok atau nama saintifiknya Corbiculacea merupakan bahan sisa makanan terutama bagi masyarakat di Kelantan yang berpotensi dijadikan sebagai bahan gantian agregat kasar dalam campuran konkrit. Penggunaan kulit etok sebagai bahan ganti agregat kasar mampu mengurangkan sisa buangan kulit etok di samping dapat menjimatkan kos. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kebolehkerjaan konkrit segar kulit etok disamping menentukan ketumpatan, kekuatan mampatan, dan kadar penyusupan konkrit telap kulit etok sebagai bahan gantian agregat kasar. Kajian ini juga adalah untuk menentukan peratus optimum kulit etok sebagai bahan gantian agregat kasar dalam konkrit telap. Peratusan kulit etok yang digunakan ialah sebanyak 10%, 20% dan 30% daripada berat agregat kasar yang digunakan untuk konkrit telap biasa. Sampel yang akan dihasilkan adalah sebanyak 48 sampel yang terdiri daripada dua bentuk iaitu yang pertama berbentuk kiub bersaiz (100mm x 100mm x 100mm) dan yang berikutnya berbentuk acuan bersaiz (40mm x 175mm x 250mm). Sampel yang dihasilkan akan diuji menggunakan ujian mampatan, ujian ketumpatan dan ujian penyusupan. Kebolehkerjaan yang paling tinggi adalah pada peratusan kulit etok 30%. Untuk ujian ketumpatan, nilai ketumpatan yang paling tinggi adalah pada peratusan kulit etok 0% diikuti peratusan kulit etok 30%, 20% dan 10%. Untuk ujian kekuatan mampatan konkrit telap normal adalah yang paling tinggi diikuti konkrit telap dengan peratusan kulit etok 10%, 20% dan 30%. Untuk ujian penurunan air pula menunjukkan kadar penyusupan air dengan peratusan kulit etok 30% adalah yang paling tinggi diikuti konkrit telap dengan peratusan kulit etok 20%, 10% dan 0%. Berdasarkan keputusan dan perbincangan yang telah dilakukan menunjukkan peratusan optimum kulit etok sebagai bahan ganti agregat kasar bagi konkrit telap adalah sebanyak 10%.

Downloads

Published

09-01-2024

How to Cite

Mohd Pauzi, M. F., & Abdul Ghani, A. H. (2024). Penggunaan Kulit Etok (Corbiculacea) Sebagai Bahan Gantian Agregat Kasar di dalam Konkrit Telap. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 4(3), 101-110. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/3080