Keupayaan Penggunaan Konkrit Campuran Serbuk Kulit Kupang (Perna viridis) Terhadap Pengawetan di dalam Air Laut

Authors

  • Muhammad Hilmi Mazlan UTHM
  • Nor Hazurina Othman

Keywords:

Serbuk Kulit Kupang, Air Laut, Kekuatan Mampatan, Kekuatan Tegangan

Abstract

Penggunaan bahan semula jadi di dalam industri pembinaan telah menjadi kelaziman disebabkan pelbagai manfaat yang akan diperoleh. Kulit kupang merupakan salah satu bahan semula jadi yang sesuai dijadikan sebagai bahan tambah di dalam konkrit. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis sifat-sifat fizikal serbuk kulit kupang. Selain itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji sifat-sifat mekanikal mekanikal bagi konkrit campuran serbuk kulit kupang sebagai bahan tambah terhadap pengawetan dalam air laut serta menentukan komposisi optimum serbuk kulit kupang sebagai bahan tambah terhadap kesan pengawetan dalam air laut. Peratus campuran bahan tambah yang telah digunakan adalah 0% (sampel kawalan), 1%, dan 2%. Sejumlah 36 sampel konkrit telah disediakan di dalam kiub bersaiz 100 mm x 100 mm x 100 mm dan di dalam silinder bersaiz diameter 100 mm, 200 mm tinggi. Ujian-ujian yang telah dijalankan adalah ujian graviti tentu, ujian penurunan, ujian mampatan, ujian tegangan, dan analisis ayakan. Berdasarkan hasil kajian, pengawetan di dalam air laut menghasilkan konkrit yang mempunyai kekuatan mampatan dan kekuatan tegangan tinggi berbanding konkrit yang diawet di dalam air biasa. Peratusan penambahan serbuk kulit kupang sebanyak 1% (KSKK1) merupakan komposisi optimum berbanding konkrit campuran serbuk kulit kupang 2% (KSKK2) dan konkrit normal (KN).

Downloads

Published

17-07-2022

How to Cite

Mazlan, M. H., & Othman, N. H. (2022). Keupayaan Penggunaan Konkrit Campuran Serbuk Kulit Kupang (Perna viridis) Terhadap Pengawetan di dalam Air Laut. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 3(1), 1676-1686. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/2954