Kajian Tentang Pemilihan Bahan Penjerap Semulajadi Untuk Menyingkirkan Bahan Pencemar (COD) Daripada air Kelabu

Authors

  • Mohamad Aizol Faiz Badrol Hisham UTHM
  • Mohd Hairul Khamidun UTHM

Keywords:

Air Kelabu, Karbon Teraktif, Penjerapan, Tanah Liat, Zeolit

Abstract

Di Taman Universiti, air kelabu disalurkan terus ke longkang tanpa dirawat menyebabkan pencemaran kualiti air. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membandingkan kebolehjerapan bahan  penjerap semula jadi dan untuk menentukan peratus keberkesanan bahan penjerap dalam menyingkirkan permintaan oksigen kimia, COD dalam air kelabu. Kaedah penjerapan menggunakan zeolit, karbon teraktif dan tanah liat dan kaedah reka percubaan, DOE digunakan bagi mendapat nisbah penjerap yang akan digunakan. Peratusan penyingkiran COD adalah 79.41% dan kapasiti penjerapan adalah 0.54 mg/g untuk kaedah penjerapan menggunakan media komposit campuran zeolit, karbon teraktif dan tanah liat merupakan campuran yang terbaik. Penggunaan penjerap komposit yang mengandungi permukaan hidrofilik dan hidrofobik lebih berkesan sebagai penjerap yang berkesan dan dapat mengurangkan serta menyingkirkan COD yang berada dalam air.

Downloads

Published

17-07-2022

How to Cite

Badrol Hisham, M. A. F., & Khamidun, M. H. (2022). Kajian Tentang Pemilihan Bahan Penjerap Semulajadi Untuk Menyingkirkan Bahan Pencemar (COD) Daripada air Kelabu. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 3(1), 1431-1438. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/2871