Keupayaan konkrit campuran serbuk kulit kupang di dalam pengawetan sodium sulfat
Keywords:
Kupang, kulit kupang, bahan tambah, sodium sulfat, kekuatanAbstract
Kulit kupang merupakan salah satu bahan buangan yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar di Malaysia. Komposisi kimia utama bagi kupang serupa dengan batu kapur, terutama terdiri daripada kalsium oksida (CaO), dengan pecahan kecil oksida. Komposisi kimia serbuk kulit kupang serupa dengan simen dan ini membolehkan serbuk kulit kupang membantu dalam mengikat komponen konkrit lebih kuat. Di dalam kajian ini menumpukan serbuk kulit kupang sebagai bahan tambah dalam konkrit. Tiga peratus serbuk kulit kupang yang berbeza digabungkan dalam konkrit sebagai campuran 0%, 1% dan 2% (KN, SKK1 dan SKK2) berdasarkan nisbah air/simen 0.5 mengikut rekabentuk bancuhan konkrit dengan 36 jumlah sampel. Sampel kemudian diawetkan dalam larutan sodium sulfat selama 7 dan 28 hari. Data dianalisis mengikut sifat fizikal serbuk kulit kupang dan sifat mekanikal konkrit campuran serbuk kulit kupang. Analisis graviti tentu serbuk kulit kupang lebih rendah berbanding graviti tentu simen Portland biasa dan kebolehkerjaan menunjukkan perbezaan penurunan dan konkrit campuran peratusan serbuk kulit kupang yang tinggi mempunyai nilai penurunan paling rendah Sifat mekanikal konkrit campuran serbuk kulit kupang dianalisis melalui ujian ketumpatan, ujian mampatan dan ujian ketegangan. Hasilnya menunjukkan pertambahan serbuk kulit kupang boleh mempengaruhi kekuatan mampatan dan tegangan. Walau bagaimanapun, peratusan konkrit campuran 1% serbuk kulit kupang memperoleh kekuatan yang lebih tinggi berbanding konkrit kawalan. Dengan peratusan ini, konkrit memperlihatkan tingkah laku peningkatan mengikut kekuatan dan ketahanannya terhadap pendedahan larutan sodium sulfat.