Meningkatkan Kemahiran Amali Acuan Sejuk Secara Konvensional Pelajar Tingkatan 2 SMK Sri Aman: Nisbah Dalam Bancuhan POP
Keywords:
POP, nisbah, amali acuan sejukAbstract
Bermula 2017, KBSM telah digantikan kepada KSSM secara berperingkat. Ia membawa perubahan yang ketara dari segi kaedah penilaian pelajar terutama subjek teknikal termasuk RBT yang perlu dilaksanakan dalam tempoh masa yang terhad. Objektif kajian ini adalah untuk meletakkan satu panduan dalam pelaksanaan salah satu amali tingkatan 2 iaitu acuan sejuk sekaligus meminimakan peratus kegagalan amali sekaligus memastikan pelajar mencapai sekurang-kurangnya TP5. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, kualitatif dan amali. Berdasarkan kajian, nisbah yang tepat dalam pembancuhan POP adalah POP : air (1:0.5) dan ia dapat meminimakan kesilapan pembancuhan sebanyak 100%. Maka dengan itu, diharap kajian ini dapat dijadikan sebagai salah satu panduan kepada para guru RBT dalam pelaksanaan kerja amali pelajar tingkatan 2. the discussion regarding those findings and some suggestions for future work.