Kesediaan Pelajar Terhadap Pembelajaran Melalui Permainan Bagi Topik Pergerakan Kod G Mesin Kisar CNC
Keywords:
Pembelajaran berasaskan permainan, Mesin kisar CNC, Kod GAbstract
Kajian ini mengenai kesediaan pelajar terhadap pembelajaran melalui permainan bagi topik pergerakan pemotongan kod G mesin kisar CNC. Seramai 55 responden dipilih dari empat buah kolej vokasional di sekitar negeri Johor yang mengikuti Kursus Pemesinan Industri telah dipilih. Instrumen yang digunakan adalah boring soal selidik. Analisis data yang digunakan adalah menggunakan nilai min. Hasil dapatan juga menunjukkan kesediaan pelajar berada pada tahap tinggi. Ujian Pearson juga dijalankan bagi mengenalpasti sama ada terdapatnya hubungan setiap pemboleh ubah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara pengetahuan, minat dan penyelesaian masalah pelajar dalam pembelajaran berasaskan permainan.