Pembangunan Augmented Reality Langkah-Langkah Membasuh Tangan Dengan Betul Untuk Kanak-Kanak

Authors

  • Azita Ali UTHM
  • Syafawati Mohd Subki

Keywords:

Augmented Reality, Model Hanafin dan Peck, Membasuh Tangan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah Augmented reality langkah-langkah membasuh tangan dengan betul untuk kanak-kanak. Proses reka bentuk dan pembangunan Augmented reality ini adalah berpandukan kepada model Hanafin dan Peck. Model Hanafin dan Peck terdiri daripada empat fasa iaitu, fasa Analisa keperluan, fasa reka bentuk, fasa pembangunan dan fasa penilaian dan pengulangan. Proses pembangunan produk dalam setiap fasa perlu dinilai oleh pakar yang terlibat agar produk yang dibangunkan mencapai objektifnya. Secara keseluruhannya, pembangunan Augmented Reality langkah-langkah membasuh tangan dengan betul untuk kanak-kanak ini telah berjaya dibangunkan dengan baik dan dilihat mampu untuk dijadikan sebagai medium kepada kanak-kanak untuk mempelajari proses membasuh tangan dengan betul secara lebih menarik dan interaktif.

Downloads

Published

04-10-2022

Issue

Section

MULTIMEDIA CREATIVE

How to Cite

Ali, A., & Mohd Subki, S. . (2022). Pembangunan Augmented Reality Langkah-Langkah Membasuh Tangan Dengan Betul Untuk Kanak-Kanak. Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training, 2(2), 316-327. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ritvet/article/view/7840