Tahap Kemahiran Komunikasi dalam Kalangan Pelajar Sijil di Institut GiatMara
Keywords:
Komunikasi, GiatMARA, Pelajar sijilAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan dalam kalangan pelajar serta mengenal pasti perbezaan berdasarkan faktor jantina dan lokasi tempat tinggal (bandar dan luar bandar). Data dikumpul melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 225 orang responden. Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam beberapa aspek kemahiran komunikasi berdasarkan jantina dan lokasi tempat tinggal. Secara keseluruhannya, pelajar lelaki menunjukkan tahap kemahiran komunikasi yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan, terutama dalam kemahiran komunikasi lisan (M = 4.15, SD = 0.71 bagi lelaki dan M = 3.98, SD = 0.78 bagi perempuan). Selain itu, dalam kemahiran komunikasi bukan lisan, pelajar lelaki juga mencatatkan nilai purata yang lebih tinggi (M = 3.75, SD = 0.82) berbanding pelajar perempuan (M = 3.56, SD = 0.81). Ujian-t menunjukkan bahawa perbezaan ini signifikan secara statistik dengan nilai p = 0.015 bagi komunikasi lisan dan p = 0.010 bagi komunikasi bukan lisan (p < 0.05). Dari aspek lokasi tempat tinggal, pelajar luar bandar menunjukkan tahap kemahiran komunikasi lisan yang lebih tinggi (M = 4.10, SD = 0.77) berbanding pelajar bandar (M = 4.03, SD = 0.72). Walau bagaimanapun, ujian-t menunjukkan bahawa perbezaan ini tidak signifikan secara statistik (p = 0.194, p > 0.05). Sebaliknya, bagi kemahiran komunikasi bukan lisan, pelajar bandar mempunyai tahap yang lebih tinggi (M = 3.66, SD = 0.88) berbanding pelajar luar bandar (M = 3.49, SD = 0.77), dengan perbezaan ini didapati signifikan (p = 0.047, p < 0.05). Kajian ini menyimpulkan bahawa faktor jantina dan lokasi tempat tinggal mempengaruhi tahap kemahiran komunikasi pelajar, walaupun perbezaan ini tidak ketara dalam semua aspek. Implikasi kajian mencadangkan keperluan untuk program pembangunan kemahiran komunikasi yang lebih inklusif dan holistik bagi memastikan pelajar mampu bersaing secara efektif dalam persekitaran kerja global.



