Hubungan antara Motivasi dan Pemikiran Kreatif dalam Kalangan Pelajar BBF bagi Projek Sarjana Muda

Authors

  • Farah Amiera Ahza Ahmad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Hashima Hamid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Motivasi, Pemikiran Kreatif, Pemikiran Kreatif , Projek Sarjana Muda

Abstract

Pemikiran kreatif adalah salah satu elemen yang diberi penekanan dalam Standard Program Pendidikan dan Standard Multimedia Kreatif. Penekanan elemen kretif sentiasa dititik beratkan terutama dalam kurikulum program Sarjana Muda Pendidikan (Vokasional) Multimedia Kreatif  UTHM atau dikenali dengan kod program BBF.  Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk melihat hubungan antara motivasi dan pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar bagi program BBF yang sedang menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM). Kajian kuantitatif ini dilakukan bagi tujuan mengenal pasti faktor-faktor motivasi yang mempengaruhi elemen-elemen pemikiran kreatif seperti keaslian, kebergunaan, kelancaran, fleksibiliti, dan penyelesaian masalah. Data telah dikumpulkan dan di analisis secara deskriptif dan korelasi untuk menilai persepsi pelajar terhadap faktor-faktor ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara motivasi dan pemikiran kreatif, di mana kedua-dua motivasi intrinsik dan ekstrinsik memainkan peranan penting dalam merangsang kreativiti pelajar. Motivasi intrinsik, yang didorong oleh minat dan keinginan, mendorong pelajar untuk meneroka penyelesaian inovatif dan bertahan dalam menghadapi cabaran sepanjang pelaksanaan PSM mereka. Motivasi ekstrinsik pula, dipengaruhi oleh faktor luararan seperti ganjaran atau penghargaan. Dalam masa yang sama, faktor ekstrinsik juga boleh mendorong faktor intrinsik sehingga meningkatkan keyakinan pelajar dan menggalakkan penglibatan yang lebih tinggi untuk mencipta kreativiti. Kajian ini memberi impak kepada tenaga pendidik dan institusi bagi memupuk persekitaran yang menyokong perkembangan kreativiti dan inovasi pelajar, terutamanya dalam konteks pembelajaran berasaskan projek dan pendidikan vokasional. Kajian ini juga menyediakan cadangan bagi tujuan penerokaan yang lebih khusus dalam bidang pendidikan.

Downloads

Published

08-07-2025

Issue

Section

EDUCATION AND SOCIAL SCIENCE IN TVET

How to Cite

Ahmad, F. A. A., & Hamid, H. (2025). Hubungan antara Motivasi dan Pemikiran Kreatif dalam Kalangan Pelajar BBF bagi Projek Sarjana Muda. Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training, 5(1), 31-44. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ritvet/article/view/19891