Faktor Motivasi Ekstrinsik dalam Kalangan Graduan bagi Pengekalan Kerja di Kolej Vokasional

Authors

  • Siti Sakirah Mat Hasan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Zurina Yasak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohd Zulfadli Rozali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Industri hospitaliti, Motivasi ekstrinsik, Pengekalan kerja, Persekitaran kerja, Gaji dan faedah, Pengiktirafan, Rakan kerja

Abstract

Industri hospitaliti berkembang pesat dan menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negara, namun menghadapi masalah kadar pusing ganti pekerja yang tinggi. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor motivasi ekstrinsik yang mempengaruhi pengekalan kerja graduan kolej vokasional melalui pendekatan kuantitatif dengan soal selidik kepada 118 responden melalui Google Forms. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor motivasi ekstrinsik adalah tinggi dengan skor min bagi gaji dan faedah (M=4.33), hubungan rakan sekerja (M=4.75), persekitaran kerja (M=4.79), dan pengiktirafan (M=4.6), dengan faktor persekitaran kerja dikenal pasti sebagai faktor paling dominan. Analisis statistik menggunakan pekali korelasi Pearson-r mendapati terdapat hubungan positif sederhana (r=0.69) antara persekitaran kerja dan tempoh perkhidmatan, namun tidak signifikan secara statistik dengan nilai p > 0.05. Kesimpulannya, persekitaran kerja memainkan peranan penting dalam pengekalan kerja graduan, dan usaha penambahbaikan melalui komunikasi efektif, laluan kerjaya yang jelas, dan faedah tambahan perlu diberi perhatian untuk mengurangkan kadar pusing ganti pekerja.

Downloads

Published

08-07-2025

Issue

Section

EDUCATION AND SOCIAL SCIENCE IN TVET

How to Cite

Siti Sakirah Mat Hasan, Zurina Yasak, & Rozali, M. Z. (2025). Faktor Motivasi Ekstrinsik dalam Kalangan Graduan bagi Pengekalan Kerja di Kolej Vokasional. Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training, 5(1), 105-113. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ritvet/article/view/19887