Kepentingan Pendidikan Fabrik kepada Pelajar Program Sijil Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Malaysia

Authors

  • Nadiah Mohamed Kolej Komuniti Bukit Beruang
  • Norulaini Mohd Ramly Politeknik Ibrahim Sultan
  • Azlan Zakaria Kolej Komuniti Pagoh

Keywords:

Fabrik, kursus fesyen, konsep pakaian

Abstract

Program Fesyen dan Pakaian merupakan salah satu bidang yang sangat popular di kalangan belia pada masa kini. Perlaksanaan program fesyen berorientasikan pendidikan jenis kemahiran mendapat sambutan daripada golongan belia. Kajian ini dihasilkan untuk mengetahui keperluan subjek yang penting dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bakal graduan dalam bidang fesyen dan pakaian. Kaedah kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini iaitu menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pelajar Program Sijil Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Zon Selatan bagi mendapatkan sumber maklumat dan data bagi tujuan penyelidikan ini. Seramai 40 orang pelajar telah menjadi responden dalam kajian ini terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Rembau, Kolej Komuniti Pagoh dan Kolej Komuniti Pasir Gudang. Instrumen kajian yang telah digunakan adalah melalui borang soal selidik bagi mendapatkan hasil skor min, sisihan piawai dan nilai peratus. Dapatan daripada kajian yang telah dijalankan didapati perlu ada penambahbaikan subjek pengenalan asas dan pengetahuan fabrik dalam silibus Sijil Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti. Pengetahuan terhadap jenis-jenis fabrik sangat penting bagi membantu pelajar untuk mengetahui dengan lebih terperinci dalam penghasilan konsep rekaan pakaian.

 

The Fashion and Apparel course is one of the areas that is very popular among the youth today. The study aims to find out the need for important subjects to improve the knowledge and skills of prospective fashion and apparel graduates. This study uses a quantitative method with the employment of a survey instrument in the form of a questionnaire administered to a sample of students. The study sample comprised forty students, of which three, or 7.5 percent were male and the remaining thirty-seven, or 92.5 percent were female. All individuals, within the group above, are currently enrolled as students at southern Kolej Komuniti in Kolej Komuniti Rembau, Kolej Komuniti Pagoh and Kolej Komuniti Pasir Gudang been partaking in the academic pursuit of fashion studies. Researchers used a quantitative study where the research instrument used was a questionnaire to determine the mean, standard deviation, and percentage. The results of the study show there is a need to improve the subject of basic fabric and knowledge of fabric in the curriculum for fashion and apparel in Kolej Komuniti in Malaysia. Knowledge of fabric is very important to help students understand in detail when creating garment design concepts. The research findings have been presented to all relevant stakeholders for appraisal, and recommendations have been made for further evaluation.

 

 

 

Downloads

Published

30-06-2024

Issue

Section

EDUCATION AND SOCIAL SCIENCE IN TVET

How to Cite

Mohamed, N. ., Mohd Ramly, N. ., & Zakaria, A. (2024). Kepentingan Pendidikan Fabrik kepada Pelajar Program Sijil Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Malaysia. Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training, 4(1), 43-53. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ritvet/article/view/15966