Pembangunan Aplikasi Permainan Video Berbentuk Visual Novel ‘Memoir Kemerdekaan’ untuk Pelajar Sekolah Menengah di Batu Pahat

Authors

  • Hakim Mohd Nor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Marlina Mohamad UTHM

Keywords:

Visual Novel, Permainan Video, ABBM

Abstract

Tujuan Pembangunan aplikasi permainan video berbentuk visual novel ‘Memoir Kemerdekaan’ Untuk Pelajar Sekolah Menengah di Batu Pahat dibangunkan sebagai sebahagian daripada alat pembelajaran pelajar tingkatan empat. Aplikasi ini dibangunkan dengan menerapkan unsur multimedia bagi menarik minat pengguna untuk menggunakannya. Pembangun telah memilih model ADDIE dalam membangunkan aplikasi ini, model ADDIE terdiri daripada lima (5) fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Aplikasi ini dibangunkan dengan bantuan perisian seperti RenPy, Android Studio, Adobe Illustrator, Comipo dan Photoshop. Aplikasi yang siap dibangunkan dinilai oleh pakar dan pelajar, dimana pakar menilai reka bentuk isi kandungan dan antaramuka manakala pelajar menilai keberkesanannya. Pakar terdiri daripada dua (2) orang guru yang mengajar subjek sains komputer dan empat (4) orang guru yang mengajar subjek Sejarah. Data yang dikumpulkan telah dianalisis oleh pembangun. Hasil analisis mendapati bahawa majoriti pelajar dan pakar memberi respon yang positif terhadap Pembangunan aplikasi permainan video berbentuk visual novel ‘Memoir Kemerdekaan. Diharapkan aplikasi ini dapat membantu pelajar yang sedang mempelajari topik Sejarah tingkatan empat dan juga boleh dijadikan sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) oleh guru di dalam kelas.

Downloads

Published

27-12-2023

Issue

Section

MULTIMEDIA CREATIVE

How to Cite

Mohd Nor, H., & Mohamad, M. (2023). Pembangunan Aplikasi Permainan Video Berbentuk Visual Novel ‘Memoir Kemerdekaan’ untuk Pelajar Sekolah Menengah di Batu Pahat. Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training, 3(2), 088-101. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ritvet/article/view/13597