Tahap Kompetensi Digital oleh Pelajar TVET Berkeperluan Khas Berpandukan Model IDCA

Authors

  • Sharifah Intan Amira Sayed Mustaffa Kamal UTHM
  • Halizah Awang UTHM

Keywords:

Kompetensi Digital, Model IDCA, Pelajar TVET Beerkeperluan Khas, OKU, IR4.0

Abstract

Kompetensi digital amat penting dalam era transformasi digital dan Revolusi Perindustrian 4.0 sama ada untuk individu, organisasi atau masyarakat. Kompetensi digital yang kukuh memberikan peluang, kelebihan daya saing dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pantas. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi digital pelajar berkeperluan khas di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (PLPP), menggunakan model IDCA sebagai panduan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji hubungan antara dimensi teknologi, kognitif, dan etika dalam kompetensi digital pelajar berkeperluan khas. Kaedah kajian ini adalah kuantitatif menggunakan reka bentuk rawak mudah. Sampel kajian terdiri daripada 66 orang pelajar menggunakan pendekatan tinjauan soal selidik secara tadbiran dalam kumpulan. Pelajar berkeperluan khas di PLPP Bangi berada pada tahap yang rendah dalam dimensi teknologi, sederhana dalam dimensi kognitif, dan sederhana dalam dimensi etika. Di samping itu, kajian ini mendapati hubungan yang signifikan antara dimensi teknologi, kognitif dan etika dalam kecekapan digital pelajar berkeperluan khas yang menyokong model IDCA. Dapatan ini juga memberikan bukti untuk menyokong teori kompetensi yang menghubungkan tiga aspek psikomotor, kognitif, dan afektif, serta teori Konstruktivisme dan Albert Bandura. Penyelidikan ini memberikan pandangan yang berharga untuk pembangunan kecekapan digital untuk pelajar berkeperluan khas dalam bidang TVET di PLPP untuk meningkatkan kesiapsiagaan kemahiran Industri Revolusi (IR) 4.0. dan mengetahui prestasi pelajar berkeperluan khas boleh membangunkan kompetensi digital yang lebih baik dan menyokong penglibatan mereka dalam dunia digital dan memperbaiki kualiti pendidikan.

Downloads

Published

27-12-2023

Issue

Section

INDUSTRIAL AND TECHNOLOGY IN TVET

How to Cite

Sayed Mustaffa Kamal, S. I. A., & Awang, H. (2023). Tahap Kompetensi Digital oleh Pelajar TVET Berkeperluan Khas Berpandukan Model IDCA. Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training, 3(2), 129-143. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ritvet/article/view/13550