Kepuasan Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Murid PVMA Daerah Batu Pahat

Authors

  • Farah Auni Mohamad Khoiri Nurul Hidayah Liew Abdullah
  • Nurul Hidayah Liew Abdullah UTHM

Keywords:

Komunikasi Lisan, Komunikasi Bukan Lisan, Proses Pengajaran dan Pembelajaran, PVMA

Abstract

Komunikasi yang berkesan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan memberi kesan ketara kepada penglibatan, pemahaman serta kepuasan pelajar secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, kelemahan menguasai kemahiran komunikasi guru mengakibatkan implikasi kepada murid di luar kejayaan akademik termasuk sosial, emosi dan tingkah laku yang akan menimbulkan isu yang lebih besar jika tidak ditangani.  Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan murid Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) daerah Batu Pahat terhadap komunikasi lisan dan bukan lisan semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Borang soal selidik telah digunakan sebagai alat mengumpulkan data. Responden kajian ini terdiri daripada 103 orang murid PVMA di daerah Batu Pahat. Data dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif iaitu nilai min dan sisihan piawai serta ujian Mann-Whitney U untuk menguji perbezaan antara jantina. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kepuasan yang tinggi terhadap komunikasi lisan dan bukan lisan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid PVMA. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap kepuasan komunikasi lisan dan bukan lisan antara jantina yang ketara dalam kalangan murid PVMA daerah Batu Pahat semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kesimpulannya, murid PVMA di daerah Batu Pahat berpuas hati dengan penggunaan komunikasi lisan dan bukan lisan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam  bilik darjah. Implikasi kajian ini dapat membantu menambah baik kemahiran komunikasi guru di dalam bilik darjah demi memastikan kepuasan pembelajaran murid sekaligus menyokong hasil pencapaian akademik serta pengalaman murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Downloads

Published

27-12-2023

Issue

Section

INDUSTRIAL AND TECHNOLOGY IN TVET

How to Cite

Mohamad Khoiri, F. A., & Abdullah, N. H. L. (2023). Kepuasan Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Murid PVMA Daerah Batu Pahat. Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training, 3(2), 062-070. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ritvet/article/view/13511