Strategi Penerapan Paradigma Tauhid dalam Pengajaran Amali bagi Program TVET di UTHM
Keywords:
Paradigma Tauhid, Elemen Paradigma Tauhid, Penerapan Paradigma Tauhid pengajaran AmaliAbstract
Konsep paradigma tauhid menjadi satu keperluan dalam pengajaran di UTHM. Hal ni kerana misi UTHM adalah untuk menyediakan penyelesaian teknikal untuk keperluan industri dan komuniti berasaskan paradigma tauhid. Oleh itu, satu kajian perlu dilaksanakan untuk mengetahui strategi penerapan paradigma tauhid dalam pengajaran amali. Objektif kajian dijalankan untuk melihat strategi penerapan paradigma tauhid yang digunakan dalam pengajaran amali yang bersesuaian dengan hard skill dan soft skill semasa amali. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dimana instrumen kajian ini mengunakan kaedah soal selidik bagi memenuhi dapatan kajian. Melalui dapatan yang diperolehi data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSSv27 untuk mendapatkan nilai skor min dan peratusan. Hasil daripada kajian ini mendapati strategi penerapan paradigma tauhid paling dominan adalah selepas pengajaran amali hard skill dan soft skill. Elemen yang mempunyai nilai yang tinggi bagi strategi penerapan paradigma tauhid bagi selepas pengajaran amali ialah elemen integriti untuk hard skill dan soft skill pula ialah hubungan dengan tuhan. Secara keseluruhan menunjukkan bahawa kesemua strategi penerapan ini adalah sesuai untuk dilaksanakan dalam pengajaran amali. Justeru itu, dengan kerjasama antara semua pensyarah dan pihak UTHM yang padu dan tinggi dalam melaksanakan strategi penerapan ini pasti akan memberikan kejayaan dalam penerapan paradigma tauhid sejajar dengan visi UTHM untuk diterapkan kepada semua individu.



