Pembangunan Sistem Berasaskan Web Industrial Training Repository Preparation Toolkit (InTERN KIT)
Keywords:
Industrial repository, pemantauan latihan, laporan akhirAbstract
Industrial Training Repository Preparation Toolkit (InTERN KIT) ini dibangunkan sebagai platform pemudahcara untuk membantu pelajar mendapatkan maklumat berkaitan Latihan Industri(LI), membuat temujanji dengan pemantau serta templat penyediaan laporan akhir latihan industri mengikut format penulisan yang betul. Pelajar perlu melalui proses pemantauan oleh pensyarah pemantau dalam tempoh berada di industri dan melaporkan kerja harian di dalam buku laporan serta laporan teknikal. Selain daripada itu, Laporan Akhir Latihan Industri atau singkatannya LALI merupakan item yang perlu disiapkan oleh pelajar yang telah berjaya menjalani sekurang-kurangnya 20 minggu tempoh latihan dan ia merupakan syarat wajib bagi meluluskan pelajar tamat latihan industri. Dengan adanya InTERN KIT, ia dapat membantu dalam pengurusan pemantauan pelajar bersama pemantau dengan lebih sistematik. Melalui InTERN KIT ini juga, dapat membantu pelajar untuk mengaplikasikan format penulisan yang betul dan mengurangkan kekeliruan berhubung format penulisan laporan. InTERN KIT ini juga menyediakan panduan bagi setiap penulisan topik sebagai idea awal kepada pelajar untuk menyampaikan penulisan dan huraian dalam konteks yang sesuai dan berkait dengan topik tersebut. Panduan ini juga dapat mengelakkan pelajar daripada melaporkan perkara yang tiada kaitan dan diluar konteks tujuan bab atau topik berkenaan.