Pengukuran Estetik dalam ProNaja X2 : Permainan Papan untuk Pembelajaran C++
Keywords:
Estetik, papan permainan, pengaturcaraan c, UUP, motivasiAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengukur nilai estetik yang dipersembahkan dalam inovasi papan permainan klasik ular-tangga, ProNaja X2 sebagai bahan bantu mengajar kursus prinsip pengaturcaraan C++. Kaedah penyelidikan kualitatif secara inkuiri naratif dijalankan terhadap enam pelajar dalam program AT20 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi memahami pengalaman peserta kajian terhadap intervensi pembelajaran C++ dengan permainan ProNaja X2 dari aspek utiliti (usefulness) , kebolehgunaan (usability) dan persembahan (presentation) permainan tersebut. Data kajian dikumpul menerusi temu bual berfokus dan soal selidik pengukuran UUP. Proses penganalisisan data dilaksanakan secara analisis naratif dan deskriptif. Analisis naratif menterjemah secara terperinci perasaan peserta kajian tentang permainan ProNaja X2 dalam pembelajaran C++ manakala analisis deskriptif membentangkan dapatan terhadap skala pengukuran UUP. Kajian ini juga mendapati keseluruhan skor UUP adalah 4.77 yang berada pada tahap cemerlang. Naratif peserta kajian menunjukkan wujudnya peningkatan bertahap terhadap motivasi peserta dalam pembelajaran prinsip pengaturcaraan.