Tepung Pracampuran Gandum dengan Hampas Kacang Soya (Soy-Flour-licious) sebagai Tepung Goreng Rendah Kolesterol

Authors

  • Aishah Mohd Marsin Kolej Komuniti Pasir Salak
  • Nur Aqilah Azman
  • Nursyamilia Abd Aziz
  • Nur Athirah Abdullah
  • Nur Aleya Natasya Mohamad Hashim

Keywords:

Soy-Flour-licious

Abstract

Air soya dan taufufa merupakan produk yang digemari ramai hasil dari pemprosesan bijian kacang soya. Walau bagaimanapun, selepas diproses, kebanyakan orang membuang sisa kacang soya begitu sahaja atau menyerahkan kepada petani untuk dijadikan baja atau menjadi makanan haiwan. Sisa kacang soya masih mengekalkan nutrisi seperti serat, lemak, protein, dan vitamin. Ia mempunyai potensi untuk dijadikan nilai tambah di dalam produk makanan serta dapat mengurangkan pembuangan sisa makanan. Produk makanan bergoreng lazimnya menjadi pilihan masyarakat kerana rasa yang menyelerakan, sedap dan cepat. Pengurangan kadar resapan minyak ke dalam makanan bergoreng dapat membantu daripada segi pengambilan kolesterol (lemak) yang rendah. Perbandingan larutan formulasi sisa kacang soya (0%, 10% dan 20% w/w) ke dalam adunan tepung gandum telah dilakukan dengan menyalut kentang dan seterusnya digoreng. Sampel gorengan kentang telah dianalisis daripada sudut kandungan lemak, kelembapan dan berat sampel selepas gorengan. Formulasi rumusan tepung gandum bersama sisa kacang soya tertinggi (20%) menunjukkan kapasiti penyerapan minyak yang lebih rendah dengan pengekalan kandungan lembapan tertinggi serta kurang kehilangan berat. Formulasi sisa kacang soya bersama gandum dapat membantu masyarakat mendapatkan makanan yang digemari tanpa pengambilan kolesterol yang tinggi.

Downloads

Published

02-01-2023

How to Cite

Aishah Mohd Marsin, Nur Aqilah Azman, Nursyamilia Abd Aziz, Nur Athirah Abdullah, & Nur Aleya Natasya Mohamad Hashim. (2023). Tepung Pracampuran Gandum dengan Hampas Kacang Soya (Soy-Flour-licious) sebagai Tepung Goreng Rendah Kolesterol. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(5), 99-106. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/9652