Alat Pengering Pakaian Mudah Alih Cakciko

Authors

  • Muhammad Khairul Hadzim Khairil Hasnan
  • Norlaily Bajiru Kolej Vokasional Ipoh
  • Zaibul Nasha Yacob

Keywords:

pengering pakaian, mentol lampu, haba, mudah alih

Abstract

Matahari merupakan sumber utama manusia untuk mengeringkan pakaian. Namun begitu masih terdapat kekangan yang menyebabkan manusia tidak dapat mengeringkan pakaian mereka di bawah cahaya matahari seperti hujan, cuaca lembap dan kesibukan bekerja. Oleh itu, projek inovasi ini adalah untuk menghasilkan alat pengering pakaian mudah alih Cakciko yang boleh mengeringkan pakaian tanpa mengira waktu dan boleh dibawa ke mana – mana sahaja. Alat pengering pakaian mudah alih ini menggunakan sumber haba yang terhasil daripada mentol lampu. Haba yang terhasil akan disedut dan disebarkan oleh kipas ekzos. Terdapat juga bahan terpakai seperti jaring kipas, paip PVC dan kotak polisterin. Secara langsung ia dapat mengurangkan pembuangan sisa pepejal dan sebagai tanda menyokong Kempen Kitar Semula. Hasil dapatan daripada eksperimen yang telah dilakukan oleh pengkaji ke atas alat  ini menunjukkan alat ini dapat mengeringkan pakaian secara efektif. Selain itu juga dapatan menunjukkan alat ini juga boleh digunakan untuk mengeringkan kasut dan topi keledar. Haba yang dihasilkan iaitu 37.8°C ini sesuai untuk mengeringkan dan tidak menjejaskan tekstur pakaian. Tampalan bunga dan manik yang terdapat pada pakaian juga tidak tercabut. Alat pengering pakaian mudah alih Cakciko ini berpotensi untuk dikomersialkan kerana kos menghasilkan alat ini adalah rendah, mempunyai banyak kelebihan dan mudah untuk digunakan. Selain itu, alat yang berukuran saiz sederhana ini dapat menjimatkan ruang simpanan dan boleh dibawa ke mana – mana sahaja. Hasil projek inovasi ini merupakan suatu inisiatif bagi menyokong hasrat kerajaan bagi memupuk amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Alat ini dapat menjimatkan perbelanjaan isi rumah ketika musim hujan atau cuaca lembap. Pengguna tidak lagi perlu mengeringkan baju di dobi layan diri tetapi mereka  boleh menghasilkan sendiri alat pengering pakaian mudah alih di rumah dengan kos yang lebih murah berbanding membeli alat pengering pakaian di pasaran yang mahal.

Downloads

Published

02-01-2023

How to Cite

Muhammad Khairul Hadzim Khairil Hasnan, Bajiru, N., & Zaibul Nasha Yacob. (2023). Alat Pengering Pakaian Mudah Alih Cakciko. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(5), 86-92. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/9650