Pengiris Pisang

Authors

  • Suhairi Ismail S-PRouD, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, CeDS
  • Mohd Shahir Yahya
  • Tuan Mohd Hafeez Tuan Ibrahim
  • Muhammad Iqram Hafiz Rusnizam
  • Muhammad Danial Mat Ali
  • Nur Nasrin Danisha Zaki Rusli

Keywords:

Pisang, Pengiris Pisang, Kerepek Pisang, Peniaga

Abstract

Dalam industri makanan kini, produk berasaskan pisang sering dijumpai dalam bentuk pisang goreng, kerepek pisang, jus pisang dan sebagainya. Untuk menyediakan pisang sebagai kegunaan harian, mengiris pisang adalah proses yang penting. Ia bukan isu untuk isi rumah mengiris pisang kerana mempunyai masa tersendiri melakukannya tetapi untuk sesebuah perniagaan mereka menghadapi masa yang bermakna.Projek ini adalah berkaitan dengan penciptaan prototaip mesin pengiris pisang untuk digunakan oleh peniaga kerepek pisang. Mesin ini dicipta kerana Kaedah menghiris pisang yang digunakan kini berbahaya pada bahagian tubuh badan kerana kedudukan tulang yang membungkuk menyebabkan postur tubuh badan tidak cantik dan boleh menyebabkan kemalangan sekiranya tersungkur ke dalam kuali yang digunakan. Projek ini memberi tumpuan kepada proses menyagat buah pisang untuk memendekkan masa serta memberi kemudahan kepada penjual semasa pembuatan kerepek pisang. Objektif utama ialah memperkenalkan teknologi baru kepada peniaga kerepek pisang mengenai alat pengiris buah pisang yang bertujuan mengurangkan masalah sakit belakang pengguna.projek ini diciptakan dengan membuat soal selidik terhadap pengusaha kerepek pisang di panchor dan dihasilkan melalui simulasi menggunakan aplikasi SolidWork.Penciptaan mesin memfokuskan kepada pengusaha industri kecil dan sederhana.Projek ini menggunakan mesin automatik yang menggunakan motor bagi mengawal pergerakan bilah penghiris.

Downloads

Published

08-05-2023

Issue

Section

Mechanical Engineering

How to Cite

Suhairi Ismail, Mohd Shahir Yahya, Tuan Mohd Hafeez Tuan Ibrahim, Muhammad Iqram Hafiz Rusnizam, Muhammad Danial Mat Ali, & Nur Nasrin Danisha Zaki Rusli. (2023). Pengiris Pisang. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 4(3), 207-213. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/9478

Most read articles by the same author(s)