Mesin Penghiris Kerepek Pisang Mudah Alih Tanpa Wayar Untuk Suri Rumah dan Industri Kecil
Keywords:
Pengihiris Pisang, Tanpa Wayar, Mudah AlihAbstract
Kerepek pisang merupakan makanan kegemaran penduduk di asia yang dikeluarkan samada di industri atau dirumah. Pada masa ini penghasilan kerepek pisang di rumah dan di industri kecil menggunakan alat penghiris manual yang memerlukan tenaga yang banyak dan masa yang lama. Mesin penghiris industri tidak sesuai digunakan kerana bersaiz besar dan memerlukan ruang yang luas. Oleh itu, projek ini dilaksanakan bagi menghasilkan mesin penghiris kecil mudah alih bermotor tanpa wayar untuk pengguna suri rumah dan industri kecil. Projek ini dilaksanakan berdasarkan maklum balas pengguna suri rumah dan industri. Ia diikuti dengan penghasilan dan pemilihan konsep rekabentuk, pemodelan 3D, membuat simulasi pemasangan dan menganalisa beban, memfabrikasi prototaip model dan ujilari. Ujilari yang dilaksanakan pada prototaip mendapati rekabentuk yang dibangunkan berupaya menghiris pisang untuk kerepek.