Alat Penyembur Racun Bertayar
Keywords:
Knapsack Sprayer, High Pressure Sprayer, Hand Pump SprayerAbstract
Alat semburan racun merupakan alat yang penting untuk tanaman kontang. Pada masa kini, terdapat banyak jenis penyembur racun yang sudah ada di pasaran. Setiap jenis penyembur racun di pasaran mempunyai bentuk, saiz, kaedah kendalian yang berbeza tetapi fungsi bagi setiap penyembur racun itu tetap sama. Kebiasaannya, petani menggunakan cara tradisional iaitu melakukan semburan pada tanaman dengan menggalas tong yang mengandungi bahan racun pertanian. Kaedah ini memakan masa, kos dan memerlukan tenaga manusia yang banyak menyebabkan masalah seperti sakit pinggang boleh berlaku. Untuk mengatasi masalah ini, satu alat semburan racun baharu telah direka bentuk yang mana alat ini dapat digerakkan tanpa perlu diangkat ke atas bahu dan mempunyai tangki tambahan. Antara proses yang terlibat adalah proses mereka bentuk alat semburan racun, proses fabrikasi berdasarkan reka bentuk akhir dan proses ujilari fungsi alat semburan racun. Pemilihan reka bentuk akhir adalah melalui perbandingan tiga lakaran reka bentuk yang dihasilkan dan dianalisis mengikut prestasi, pembinaan struktur dan kos pembangunan. Bagi skop kerja projek ini ialah platform dibina agar tangki semburan utama boleh dilaras dan digerakkan dengan roda, fabrikasi menggunakan besi dan plastik, ujilari fungsi kebolehlarasan muncung semburan dan keupayaan semburan pada tanaman. Selain itu, bahan yang digunakan untuk menghasilkan alat ini adalah berkualiti dan harga yang berpatutan seperti ringan, barang mudah didapati dan mudah alih. Melalui ujian yang dijalankan, penggunaan Alat Penyembur Racun Bertayar ini dapat mengurangkan penggunaan masa sebanyak 46.4% dan jarak untuk 5 minit semburan bertambah sebanyak 40% berbanding kaedah semburan biasa. Secara tak langsung alat ini akan dapat meminimumkan tenaga yang diperlukan semasa proses penyemburan.