Platform Mekanik Boleh Laras

Authors

  • Hafsa Mohammad Noor Mrs

Keywords:

Gangguan Muskuloskeletal ,Postur Badan, Mekanik

Abstract

Kerja membaiki kenderaan adalah salah satu profesion berisiko tinggi untuk gangguan muskuloskeletal berkaitan kerja. Gangguan muskuloskeletal (MSD) adalah kecederaan atau kesakitan yang menjejaskan sistem muskuloskeletal badan. Ini termasuk tulang, saraf, tendon, ligamen, sendi, rawan, saluran darah, dan cakera tulang belakang [1]. Walau bagaimanapun, gangguan muskuloskeletal berkaitan kerja (WMSDs) adalah gangguan muskuloskeletal yang disebabkan atau diperburuk terutamanya oleh kerja dan oleh kesan persekitaran terdekat di mana kerja dijalankan [2]. Hasil daripada kajian sebelum ini mendapati ramai mekanik terlibat dalam proses penyelenggaraan kereta yang mengakibatkan postur badan yang tidak
sesuai serta menjadi punca gangguan muskuloskeletal berlaku dalam kalangan pekerja bengkel. Kajian ke atas beberapa platform iaitu car creeper mendapat kebanyakan penghasilan alat ini sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Berdasarkan daripada masalah berikut, penghasilan alat atau yang dikenali sebagai Platform Mekanik Boleh Laras yang dapat membantu para mekanik untuk mengatasi masalah ini. Hasil daripada kajian ini mendapati alat ini mampu memberikan keselesaan semasa melakukan kerja penyelenggaraan. Penggunaan alat yang mampu mempunyai dua fungsi juga banyak membantu mekanik untuk penyelenggaraan atas dan bawah kereta yang memerlukan mekanik untuk membongkok.

Downloads

Published

12-01-2023

Issue

Section

Mechanical Engineering

How to Cite

Mohammad Noor, H. (2023). Platform Mekanik Boleh Laras. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 4(2), 255–264. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/9457

Most read articles by the same author(s)