Inovasi Praktikal Haji Mudah Alih (INHAJJ) 2.0

Authors

  • Mohd Shahir Yahya Ts

Keywords:

set haji dan umrah, reka bentuk set haji versi pertama, diubahsuai.

Abstract

Objektif projek ini adalah untuk merekabentuk yang telah ditambahbaik mengkaji reka bentuk sediada dan mengkaji keberkesanan Set Haji dan Umrah yang terbaru. Matlamat utama projek ini adalah untuk kemudahan dan kegunaan bakal Jemaah yang akan menunaikan fardhu haji bagi menjalankan amalan haji dengan berkesan. Ini kerana ibadah haji merupakan salah satu rukun Islam yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim yang mukallaf. Hukumnya wajib sekali seumur sehidup apabila memenuhi syarat-syaratnya. Walau bagaimanapun, setiap muslim mestilah berazam untuk menunaikan ibadat haji dan sentiasa berusaha untuk melaksanakan perintah Allah SWT tersebut. Reka bentuk Set haji versi pertama mengalami beberapa komplikasi sewaktu memasang dan menggunakan rekaan tersebut. Untuk memerangi isu ini, set praktikal haji mudahalih akan diubahsuai kepada versi yang terbaik. Set ini terdiri daripada Kaabah, Hijr Ismail, Makam Ibrahim dan Jamrah yang senang dipasang, diselenggara dan mudah alih.

Downloads

Published

08-11-2023

Issue

Section

Mechanical Engineering

How to Cite

Yahya, M. S. (2023). Inovasi Praktikal Haji Mudah Alih (INHAJJ) 2.0. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 4(4), 182-186. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/9452

Most read articles by the same author(s)