Pembangunan Penjejak GPS Ternakan Berasaskan LoRaWAN

Authors

  • Annawallul Irbah Abd Yazid Centre For Diploma Studies, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Pagoh Branch, KM 1 Panchor Road 84600, Muar, Johor
  • Muhammad Haziq Haikal Azman
  • Muhammad Ikram Mohd Halil
  • Eddy Irwan Shah Saadon

Keywords:

Arduino Uno, GPS modul, Favoriot, LoRa TTGO Gateway, Haiwan ternakan

Abstract

Kesukaran mengesan haiwan peliharaan seperti lembu yang hilang dari kawasan padang ragut akan memberi kerugian yang besar kepada penternak. Projek ini bertujuan menjejak haiwan ternakan yang berkeliaran jauh dari kawasan ternakan dan menghalang haiwan daripada hilang. Projek LoRaWAN ini terdiri daripada LILYGO TTGO ESP32-Paxcounter LoRa 3.2 yang beroperasi sebagai Gerbang LoRa. Pelanggan LoRa memerlukan Mikro Pengawal Arduino dan Perisai LoRa RFM dan modul GPS Neo-6M. Pelanggan LoRa akan menghantar maklumat koordinat GPS ke Gerbang LoRa di mana koordinat yang diterima akan direkodkan dalam pelayan Favoriot secara berkala. Berdasarkan data yang diterima daripada prototype ia akan memberi koordinat semasa haiwan. Ianya akan memudahkan penternak untuk menjejak haiwan ternakan sekiranya haiwan tersebut hilang dari kawasan penternakan.

Downloads

Published

08-05-2023

Issue

Section

Electrical Engineering

How to Cite

Abd Yazid, A. I., Azman, M. H. H. ., Mohd Halil , M. I. ., & Saadon, E. I. S. (2023). Pembangunan Penjejak GPS Ternakan Berasaskan LoRaWAN. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 4(3), 263-267. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/8913

Most read articles by the same author(s)