Penggunaan Normal Ratio Method untuk Mencari Missing Data di Empangan Air Machap

Authors

  • Fatin Ariana Yusof father
  • Nurul Najihah Rosli
  • Suhaila Sahat

Keywords:

Empangan air, taburan hujan, data hilang, normal ratio method

Abstract

Dataset taburan hujan digunakan untuk menunjukkan kadar simulasi taburan hujan yang terdapat di Malaysia. Disebabkan oleh masalah-masalah seperti kegagalan peralatan,kesilapan manusia dan masalah cuaca seperti kilat, ia menyebabkan kehilangan data atau lebih dikenali sebagai ‘missing data’. Kebanyakan kaedah pemprosesan data tradisional yang digunakan untuk memantau data menyebabkan kesilapan diagnosis kerana mengabaikan korelasi sebenar antara titik pengukuran yang berbeza. Kajian ini dibuat untuk mencari dan menganggarkan nilai data yang hilang pada data taburan hujan empangan air Machap pada tahun 2010 hingga 2021. Kajian ini menggunakan beberapa kaedah iaitu normal ratio method, hyetograf dan carta alir untuk menyelesaikan masalah data hilang ini. Kajian ini berhasil untuk mendapatkan corak taburan hujan di Malaysia selama 10 tahun. Namun begitu, objektif utama untuk dapat menganggarkan semua data hilang sepanjang 2010-2021 kurang lengkap. Oleh itu, kajian ini wajar diteruskan dengan melakukan beberapa penilaian dan penambahbaikan untuk mencapai matlamat utama kajian ini.

Downloads

Published

08-05-2023

Issue

Section

Civil Engineering

How to Cite

Yusof, F. A., Rosli, N. N., & Sahat, S. (2023). Penggunaan Normal Ratio Method untuk Mencari Missing Data di Empangan Air Machap. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 4(3), 70-76. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/8454

Most read articles by the same author(s)