SMARTPARK: Pembangunan Aplikasi Tempahan Tempat Letak Kereta Berasaskan RFID
Keywords:
Tempat letak kereta, RFID, aplikasiAbstract
Tempat letak kereta(TLK) adalah salah satu kemudahan yang sangat penting pada masa kini. Kekurangan TLK adalah perkara yang akan memberi kesan kepada sesebuah organisasi. Sebagai contoh, pusat membeli-belah akan mengalami jumlah pengunjung yang ramai apabila hari minggu dan mengakibatkan kekurangan berlakunya TLK. TLK yang tidak terancang akan menimbulkan pelbagai masalah kepada orang awam. Oleh itu, pembangunan aplikasi tempahan tempat letak kereta ini adalah untuk mencari kaedah yang berkesan untuk meletak kereta di TLK. Pembangunan aplikasi tempahan tempat letak kereta yang menggunakan teknologi RFID akan lebih membantu orang awam dan mempercepatkan proses untuk meletak kereta. Beberapa kajian telah dilakukan dengan mengkaji beberapa sistem sedia ada untuk membangun sistem aplikasi yang lebih baik. Metodologi yang digunakan untuk pembangunan aplikasi ini adalah dengan menggunakan model SDLC. Hasil pembangunan aplikasi ini diuji oleh beberapa orang yang kerap menggunakan kemudahan TLK. Hasilnya menunjukkan bahawa menggunakan aplikasi ini dapat memudahkan mereka untuk meletak kenderaan dengan lebih cepat dan teratur. Diharapkan kejayaan pembangunan aplikasi ini dapat dikomersialkan pada masa akan datang kerana kurang aplikasi seperti ini dibangunkan.