Penerapan Strategi Martingale dalam Pembangunan Sistem Penasihat Pakar Mata Wang Kripto Ripple

Authors

  • Wan Mohamad Farid Wan Zawawi Wan Mohamad Farid bin Wan Zawawi
  • Nuraina Aqilah Norsuhaimi
  • Mohammed Danish Iskandar A Razak

Keywords:

Mata Wang Kripto, Ripple (XRP), Penasihat Pakar, Strategi Martingale

Abstract

Sistem Penasihat Pakar Strategi Martingale dijalankan pada mata wang kripto Ripple (XRP) di platform MetaTrader4 (MT4) dan diprogramkan dalam kod berdasarkan indikator Simple Moving Average (SMA). Oleh kerana harga pasaran mata wang kripto Ripple (XRP) ini mengambil masa yang lama untuk membangun dan berkembang, para pedagang perlu menganalisa dan berurus niaga untuk masa yang lama. Oleh itu, sistem ini dibina untuk menyelidik literatur sedia ada mmengenai ramalan pergerakan harga mata wang kripto Ripple (XRP), menilai ketetapan algortima dalam meramalkan harga mata wang kripto Ripple (XRP) dan mengatasi prestasi model sedia ada dalam ketetapan ramalan. Sistem Penasihat Pakar strategi Martingale ini mampu membuat penjualan (SELL) dan pembelian (BUY) secara automatik dengan menggunakan penunjuk teknikal dan strategi Martingale yang telah dikodkan kedalam perisian MetaTrader4 menggunakan bahasa pengaturcaraan Meta Quote Language 4 (MQL4) dimana nilai parameter, pengkali, dan penunjuk teknikal telah di tetapkan bagi memaksimumkan keuntungan. Hasil daripada penggunaan sistem ini, akaun demo yang dibuat telah menerima purata keuntungan sebanyak MYR 408.32 bersamaan 92.84 USD.

Downloads

Published

08-11-2023

Issue

Section

Information Technology

How to Cite

Wan Zawawi, W. M. F., Norsuhaimi, N. A., & A Razak, M. D. I. (2023). Penerapan Strategi Martingale dalam Pembangunan Sistem Penasihat Pakar Mata Wang Kripto Ripple. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 4(4), 61-68. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/8239