Aplikasi Seloka Lagu Rakyat Kanak-Kanak Malaysia

Authors

  • Nurul Syazwani Ayob Centre of Diploma Studies, University Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nuraina Alia Mhd Hussin Centre of Diploma Studies, University Tun Hussein Onn Malaysia
  • Siti A'izati Ghazali Centre of Diploma Studies, University Tun Hussein Onn Malaysia
  • Zuraida Ibrahim Centre of Diploma Studies, University Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

aplikasi seloka, kanak-kanak Malaysia, lagu seloka rakyat Malaysia, seloka rakyat

Abstract

Lagu kanak-kanak kebiasaannya dicipta bagi memenuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Lagu rakyat kanak-kanak Malaysia ialah Lagu rakyat masyarakat Melayu iaitu lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesuatu kawasan dalam Alam Melayu. Antara isu yang menjadi perbualan adalah kanak- kanak pada masa kini kurang pendedahan lagu rakyat kanak-kanak Malaysia. Pengaruh barat berterusan dalam latihan muzik dari peringkat awal kanak-kanak dan kebanyakkan muzik yang selalu dipersembahkan adalah berasaskan barat. Kertas kerja ini mencadangkan aplikasi mudah alih untuk pendedahan kepada kanak-kanak tentang lagu rakyat kanak-kanak Malaysia di dalam kandungan digital. Aplikasi ini direka menggunakan model Air Terjun (Waterfall), dibangunkan menggunakan Unity. Aplikasi ini diuji oleh 35 ibubapa yang mempunyai anak-anak berumur 4 tahun hingga 7 tahun. Tinjauan sebelum dan selepas aplikasi ini dibangunkan telah dijalankan dan dijawab oleh 35 ibubapa. Maklum balas daripada penguji dari segi keberkesanan dan kebolehgunaan  adalah sangat positif. Walau bagaimanapun, penambahbaikan diperlukan dari segi butang navigasi, animasi dan grafik. Kerja masa depan termasuk kandungan tambahan butang navigasi keluar dan animasi grafik.

Downloads

Published

12-01-2023

Issue

Section

Information Technology

How to Cite

Ayob, N. S., Mhd Hussin, N. A. ., Ghazali, S. A., & Ibrahim, Z. (2023). Aplikasi Seloka Lagu Rakyat Kanak-Kanak Malaysia . Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 4(2), 132-142. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/8175

Most read articles by the same author(s)