i-DeT: Pembangunan Sistem Berasaskan Web Pengurusan Pembelajaran Kursus RBT untuk Meningkatkan Pengalaman Pembelajaran Murid.

Authors

  • Mohd Hatta Mohamed Ali @ Md Hani
  • Alieyana Syuhada Azhar
  • Nurain Hasanah Saharudin Center for Diploma Studies, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nurul Nadira Abdul Rahman

Keywords:

RBT, pembelajaran atas talian, sistem berasaskan web, pengalaman pembelajaran

Abstract

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan bahawa mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu diberi tumpuan agar murid dapat mencapai pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang teknikal dan vokasional (TVET) di peringkat menengah. Tidak seperti mata pelajaran lain, cabaran kepada pembelajaran RBT pada masa kini ialah
murid sukar untuk mencari bahan pembelajaran di atas talian kerana ianya merupakan satu mata pelajaran yang baharu diperkenalkan. Sistem berasakan web ini dibangunkan untuk membantu guru memuat naik bahan rujukan serta video secara
sistematik dan memudahkan murid memperoleh sumber pembelajaran. Pembangunan Sistem Berasaskan Web Pengurusan Pembelajaran Kursus RBT Untuk Meningkatkan Pengalaman Pembelajaran Murid (I-DeT) sangat penting dalam memberikan
semangat baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Artikel ini akan membicarakan pendekatan pembelajaran atas talian (e-learning) bagi sistem berasaskan web iaitu iDeT. Komponen mustahak yang dibicarakan termasuklah proses pembangunan sistem berasaskan web mengikut kepentingan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kriteria – kriteria sistem berasakan web ini mampu menawarkan peningkatan pengalaman pembelajaran kepada murid. Justeru itu, perolehan ujilari dilaksanakan terhadap murid – murid untuk mendapat maklum balas berkaitan sistem juga dinyatakan. Kemenangan sistem berasaskan web e-learning terhadap pembelajaran
RBT jelas dapat diperluaskan lagi bukan sahaja dalam mata pelajaran RBT bahkan bagi mata pelajaran lain dan mampu diterokai dalam pelbagai bidang.

Downloads

Published

13-12-2022

Issue

Section

Information Technology

How to Cite

Mohd Hatta Mohamed Ali @ Md Hani, Alieyana Syuhada Azhar, Nurain Hasanah Saharudin, & Nurul Nadira Abdul Rahman. (2022). i-DeT: Pembangunan Sistem Berasaskan Web Pengurusan Pembelajaran Kursus RBT untuk Meningkatkan Pengalaman Pembelajaran Murid . Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(3), 15-20. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/8158

Most read articles by the same author(s)