Aplikasi Pembelajaran Kemahiran Motor Halus Mudah Alih Bagi Pelajar Autisme
Keywords:
Pendidikan Khas, Autisme, Kemahiran Moto Halus, Aplikasi, Aplikasi Kemahiran Motor HalusAbstract
Mengikut kajian, sekolah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk membantu pembelajaran pelajar-pelajar autisme. Seseorang yang mempunyai autisme masih boleh belajar dan hidup secara normal jika mereka menerima bantuan daripada individu yang berkemahiran, seperti guru pendidikan khas Bagaimanapun, di dunia yang terjejas akibat wabak Covid-19, kebanyakkan sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara atas talian. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah untuk mewujudkan program atau aplikasi internet yang akan membantu pelajar autisme dalam mempelajari kemahiran motor halus. Walaupun mereka terpaksa belajar secara atas talian, ia menjadi lebih mudah untuk guru menjalankan sesi pengajaran mereka dengan bantuan keluarga mereka. Aplikasi pembelajaran kemahiran motor dibangunkan menggunakan Unity sebagai perisian utama. Sementara itu, kami menggunakan ADDIE sebagai metodologi utama kerana ia sesuai untuk projek kami dan prosesnya mudah untuk difahami. Hasilnya, aplikasi pembelajaran kemahiran motor halus adalah alat bantuan mengajar yang diterima pakai untuk pembelajaran pelajar autisme berdasarkan maklum balas daripada berbilang pengguna. Reka bentuk yang terang membantu dalam topik utama pengajaran yang diajar. Permainan yang disediakan juga mudah difahami. Akhir sekali, kajian ini telah menimbulkan minat masyarakat untuk memahami lebih lanjut tentang cara pelajar autisme mempelajari kemahiran motor halus dan bagaimana mereka boleh dibantu oleh masyarakat sekeliling dalam proses tersebut.