Gambaran Cara Makan Nabi Muhammad SAW dalam Metaverse Menggunakan Virtual Reality (VR) Dan Augmented Reality (AR)
Keywords:
Augmented Reality, Virtual Reality, MetaverseAbstract
Metaverse merupakan sebuah teknologi ruang maya digital yang digunakan secara maya dan berada di sebuah alam yang lain daripada yang lain. Dalam erti kata lain, berada dalam alam teknologi yang memaparkan karakter 3D yang dipanggil sebagai avatar. Kajian ini dijalankan adalah untuk mewujudkan pengguna yang berminat mempelajari Augmented Reality serta Virtual Reality. Selain itu, untuk meningkatkan pengetahuan dam pembelajaran tentang sunnah Rasulullah SAW kepada pengguna dan membangunkan animasi yang mengandungi cara makan seperti Nabi Muhammad SAW. Penggunaan konsep model ADDIE digunakan dalam projek ini kerana fasa yang digunakan adalah mudah difahami dan secara berperingkat. Dengan penggunaan fasa secara berperingkat seperti fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Permasalahan yang ingin diselesaikan mudah dicari dan diatasi untuk dibetulkan. Kesimpulannya, projek ini diharapkan dapat memberi banyak manfaat kepada pengguna dan meningkatkan pengetahuan serta pembelajaran kepada semua golongan terutamanya penguna kanak-kanak yang bersekolah rendah agar menerapkan sunnah Rasulullah SAW dengan baik.