Kajian Kes Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sewaktu Pandemik COVID19 di Sekolah Menengah Kebangsaan di Muar

Authors

  • Hairuddin Mohammad
  • Emedya Murniwaty Samsudin
  • Mardzulliana Zulkifli
  • Dalila Misman
  • Siti Khalijah Yaman

Keywords:

teaching and learning, COVID19, ODL, national school, Malaysia

Abstract

Wabak COVID19 yang melanda seluruh dunia memberi impak yang tinggi kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Malaysia. Justeru, penerapan P&P secara atas talian (Open Distance Learning – ODL) telah dilaksanakan segera. Berikutan ianya adalah situasi yang dianggap bukan kebiasaan, pelbagai isu adalah dijangkakan dari implementasi ini. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengupas isu-isu yang dihadapi dengan menfokuskan pandangan semasa/kini para pendidik dari dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Muar (SMK1 dan SMK2). Dua objektif kajian telah diutarakan iaitu; (1) mengenalpasti isu-isu yang wujud dari implementasi ODL, dan (2) menganalisa isu-isu yang wujud dari implementasi ODL terhadap SMK. Gabungan metodologi kualitatif-kuantitatif telah digunakan bagi mencapai objektif-objektif kajian. Hasilnya menunjukkan bahawa; (1) terdapat pelbagai isu-isu yang boleh wujud dari implementasi ODL, terutamanya dibahagikan kepada isu umum, isu pembelajaran dan pentaksiran, dan juga isu impak, dan (2) analisa menunjukkan bahawa isu-isu berkaitan P&P dan impak masih perlu diberikan perhatian mendalam, terutamanya terhadap dua SMK di dalam kajian kes ini.

Downloads

Published

26-07-2022

Issue

Section

Applied Sciences

How to Cite

Hairuddin Mohammad, Emedya Murniwaty Samsudin, Mardzulliana Zulkifli, Dalila Misman, & Siti Khalijah Yaman. (2022). Kajian Kes Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sewaktu Pandemik COVID19 di Sekolah Menengah Kebangsaan di Muar. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(2), 8-17. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/5143

Most read articles by the same author(s)