Smart Attendance with TEMperature Screening System (SATEM2S)

Authors

  • Haizan Hussein
  • Mohd Saimi Md Yatim
  • Amar Shah Omar
  • Muhammad Nur Zulfadhli Abd Rahim
  • Mohd Khairul Azmi Shafian

Keywords:

SOP, IoT, RFID, Smart Device, Smart Attendance, Temperature Screening

Abstract

Smart Attendance with TEMperature Screening System (SATEM2S) memperkenalkan paradigma baru pemantauan kehadiran pelajar secara masa nyata (real time) menggunakan Radio Frequency Identification (RFID) yang bercirikan IR 4.0 iaitu berkonsepkan Internet of Things (IoT), serta dilengkapi dengan saringan suhu badan secara automatik dan sistem pangkalan data berpusat yang dapat diakses secara dalam talian dengan hanya menggunakan web browser. Suhu badan dan kehadiran pelajar dapat direkodkan secara automatik dalam masa kurang daripada 15 saat dan data yang direkodkan dipaparkan di dashboard sistem dalam bentuk graf serta mempunyai laporan lengkap yang boleh dicetak merangkumi maklumat suhu, waktu kehadiran dan lokasi dimana RFID tag diimbas. Penggunaan SATEM2S ini menepati pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) penjarakan fizikal disamping dapat mengurangkan kebergantungan kepada keperluan alat penyukat suhu, senarai kehadiran dan petugas di kaunter saringan serta dapat mengurangkan pendedahan petugas kepada bahaya jangkitan CoronaVirus. SATEM2S terbahagi kepada dua (2) elemen utama iaitu peranti dan sistem. Peranti terdiri daripada tiga (3) komponen penting iaitu Sensor, Pengawal Mikro dan Pengimbas RFID. Badan peranti dibina menggunakan bahan polylactic acid (PLA) yang dicetak menggunakan pencetak 3D (Creality 3D Ender). Sistem pula dibangunkan menggunakan perisian sumber terbuka seperti Apache II Web Server, PHP:Hypertext Preprocessor, MySQL Database dan     
Laravel Framework sebagai perisian induk. SATEM2S mampu digunapakai walaupun terdapatnya pertambahan bilangan pengguna kerana kos menaik taraf sistem hanya melibatkan pembelian RFID tag sahaja.  SATEM2S merupakan peranti pintar (smart device) yang dapat diperluaskan penggunaannya ke semua institusi pendidikan dan sekaligus menjadi satu peranti yang bukan sahaja dapat memantau kehadiran pelajar dan membuat saringan suhu badan secara automatik dalam keadaan real time malah boleh digunakan sebagai sebuah peranti yang dapat merekodkan pergerakkan pelajar sama ada di dalam sebuah institusi atau untuk keluar masuk institusi tersebut.

Downloads

Published

09-12-2021

How to Cite

Hussein, H. ., Md Yatim, M. S., Omar, A. S. ., Abd Rahim, M. N. Z., & Shafian, M. K. A. . (2021). Smart Attendance with TEMperature Screening System (SATEM2S). Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 2(3), 303-309. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/5134