Tong Pemampat Sampah V2021

Authors

  • Muhammad Asrul Hadi Mohd Amir Centre For Diploma Studies, University Tun Hussein Onn Malaysia, Pagoh Branch, KM 1 Panchor Road, 84600 Muar, Johor
  • Muhammad Hafizuddin Nordin
  • Muhammad Syazuwan Ab Rahman
  • Mohd Najib Janon

Keywords:

tong pemampat sampah, rumah, saiz kecil

Abstract

Tong sampah merupakan suatu bekas yang digunakan untuk menempatkan sampah dan bahan buangan bagi memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih. Penggunaan tong sampah akan menjadi bermasalah apabila ruang-ruang kosong antara sampah tidak dimampatkan secara efektif menyebabkan sampah dan sisa makanan boleh terkeluar dari tong sampah dengan sendiri. Keadaan ini berlaku apabila sampah yang kering, basah, sukar mampat dan mudah mampat bercampur sekali di dalam tong sampah yang sama. Terdapat pelbagai rekabentuk tong pemampat sampah telah dicipta namun majoritinya digunakan di kawasan perindustrian berskala besar. Terdapat juga tong sampah berpemampat dijual bagi kegunaan di rumah namun dengan harga yang agak tinggi kerana menggunakan sistem pemampat elektonik dan motor elektrik. Justeru, kajian ini dilakukan bagi mereka bentuk tong pemampat sampah yang mempunyai kos yang rendah melalui sistem pemampat yang ringkas dan efektif. Skop kajian adalah menghasilkan rekacipta bersaiz kecil dan memfokuskan penggunaan tong sampah secara harian di kawasan perumahan, pejabat dan sebagainya.

Downloads

Published

23-02-2022

Issue

Section

Mechanical Engineering

How to Cite

Mohd Amir, M. A. H., Nordin, M. H. ., Ab Rahman, M. S., & Janon, M. N. . (2022). Tong Pemampat Sampah V2021. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(1), 622-631. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/4279

Most read articles by the same author(s)