Dapur Masak Menggunakan Minyak Enjin Terpakai V2: Nyalaan Boleh Laras

Authors

  • muhammad aqil jamali Centre For Diploma Studies, University Tun Hussein Onn Malaysia,Pagoh Branch, KM 1 Panchor Road 84600 Muar, Johor
  • GHAZALI KADIS
  • ahmad faizzudin mat zaid
  • ahmad israq muhammad sukri

Keywords:

Dapur, Minyak Hitam, Alternatif, Bahan Terpakai

Abstract

Sumber tenaga pada hari ini dapat kita lihat masih bergantung kepada bahan api fosil seperti minyak, arang batu dan gas asli yang kita dapati ianya tidak dapat diperbaharui kerana akan mengambil masa jutaan tahun untuk diperbaharui. Penggunaan bahan buangan terpakai seperti minyak hitam masih kurang diaplikasi untuk dijadikan sebagai bahan utama dalam proses pembakaran. Dalam kajian ini, sebuah dapur yang menjadikan minyak hitam terpakai sebagai bahan bakar alternatif dalam pembakaran akan direka bentuk bagi tujuan pembakaran. Tujuan kajian ini dijalankan adalah ingin melihat sejauh manakah keupayaan bahan buangan terpakai seperti minyak hitam mampu untuk melakukan pembakaran dan bahan apakah yang sesuai digunakan untuk pembakaran yang dijalankan. Objektif utama kajian pada kali ini ialah untuk mereka bentuk dan menghasilkan sebuah dapur yang menggunakan minyak hitam terpakai sebagai sumber bahan bakar utama dan ianya boleh digunapakai dalam kehidupan seharian serta industri kecil dan sederhara. Selain itu juga, kelajuan angin dan kuantiti minyak yang digunakan juga harus diukur ketika pembakaran dijalankan Pemilihan bahan yang sesuai dengan suhu pembakaran yang tinggi telah dipilih dan dikaji terlebih dahulu untuk menjadikan tungku dapur ini tahan lama apabila pembakaran dijalankan. Peniup angin ataupun “blower” dijadikan sebagai alat utama yang akan mengalirkan minyak hitam ke tungku dapur dimana tempat pembakaran berlaku Dapatan kajian menunjukkan bahawa penukaran kepada bahan bakar alternatif memberi manfaat kepada kepada pengguna dan merupakan kelebihan dari segi teknologi. Dapur ini juga dilihat mampu untuk menghasilkan pembakaran pada suhu yang tinggi dalam masa yang singkat dengan menggunakan bahan terpakai.

Downloads

Published

23-02-2022

Issue

Section

Mechanical Engineering

How to Cite

jamali, muhammad aqil, KADIS, G., mat zaid, ahmad faizzudin, & muhammad sukri, ahmad israq. (2022). Dapur Masak Menggunakan Minyak Enjin Terpakai V2: Nyalaan Boleh Laras. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(1), 548-554. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/4270