Inovasi Meja Pengikat Tebu (MiT)
Keywords:
Meja pengikat tebu, meja, peladang tebu, produktiviti, inovasi perladanganAbstract
Pada masa kini, permintaan tebu didapati meningkat terutamanya semasa bulan Ramadan. Kerja-kerja penuaian, penghantaran tebu dari lading ke peniaga-peniaga kecil memakan masa yang agak lama bergantung kepada kapasiti pekerja di lading. Antara masalah lain yang dihadapi oleh peladang iaitu masa yang diambil untuk mengikat tebu terlalu lama di mana pekerja perlu mengangkat, mengikat dan menurunkan tebu yang telah diikat secara manual. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencipta satu inovasi mekasnima meja pengikat tebu bagi memudahkan kerja peladang dalam proses pengikatan tebu di ladang tebu. Kaedah pemerhatian, merekabentuk, dan membangunkan inovasi meja pengikat tebu dilaksanakan bagi menjayakan projek ini. Setelah mengkaji semua masalah yang terdapat pada produk sedia ada, produk tersebut akan ditambah baik supaya produk yang ingin dihasilkan ini dapat memberi kemudahan dan kebaikan yang lebih banyak kepada pengguna. Hasil daripada inovasi meja pengikat tebu yang dihasilkan telah menunjukkan proses mengangkat tebu, mengikat dan menurunkan tebu dapat dikurangkan dari 57 saat kepada 36 saat dengan pengurang 36.84%. Dengan pengurangan masa ini peladang dapat meningkatkan kuantiti tebu yang diikat sebanyak 800 ikat dalam masa sehari berbanding 505 ikat dengan kaedah sedia ada. Ini menunjukkan kejayaan produk inovasi yang dibangunkan dapat membantu meningkatkan produktiviti peladang dan samping dapat membantu mempercepatkan proses penghantaran tebu kepada peniaga.