Penjana Solar Mudah Alih (PSMA)

  • Azli Yusop
  • Nornabila Aidil
  • Muhammad Aiman Halim
  • Ahmad Azzam Rosli
Keywords: Solar, Penjanaan Tenaga

Abstract

Projek ini berkaitan dengan mereka bentuk dan membina model penjana elektrik mudah alih Solar Generator Box (SGB) menggunakan tenaga cahaya matahari. Ia mampu menghasilkan kuasa yang mampu digunakan di rumah seperti lampu filamen, kipas dan juga mampu untuk mengecas peralatan elektrik serta elektronik. Sistem SGB ini tidak begitu besar, namun ia sesuai digunakan untuk menjalani aktiviti-aktiviti yang sukar untuk mendapatkan sumber tenaga elektrik. Contohnya, seperti di luar halaman rumah, kawasan pedalaman serta kawasan kawasan pasar. Model ini dibina bertujuan untuk mengurangkan kadar penggunaan dan pergantungan terhadap sistem tenaga elektrik yang telah dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Selain itu, ia juga memberi kemudahan kepada pengguna dalam mengurangkan kos pembayaran elektrik serta penggunaan bahan bakar. Kesimpulannya, projek ini mampu memberi impak kepada pengguna dalam mengurangkan kos bayaran dan memberi kemudahan kepada pengguna dalam menjalani ekonomi. Ia juga mampu memberi kemudahan kepada pengguna yang tinggal di kawasan pedalam serta pengguna yang gemar melakukan aktiviti-aktiviti di luar.

Published
30-11-2020
Section
Articles