Papan Dobi Selaju

Authors

  • Hafsa Mrs
  • Noraniah Kassim
  • Muhammad Airisfirdaus Ibrahim
  • Wan Muhammad Aliff Anuar Wan Azmi
  • Tew Heng Yao

Keywords:

Papan Selaju, Pengangkutan Dobi

Abstract

Masalah kekurangan bilangan perkhidmatan mesin basuh di kolej kediaman kampus UTHM Pagoh menyebabkan pelajar mengambil alternatif mencuci pakaian di dobi layan diri di luar kolej kediaman. Hasil kaji selidik yang telah dilaksanakan mendapati bahawa 55.5 % pelajar membawa beban 5 kg hingga 10 kg bagi sekali cucian ke dobi. Hasil kajian juga mendapati pelajar cenderung untuk menggunakan perkhidmatan dobi luar tetapi mempunyai kesukaran yang dihadapi pelajar semasa membawa bakul pakaian pelajar ke dobi di luar kolej kediaman. Objektif utama projek dilakukan adalah menfabrikasikan papan selaju menjadi alat berfungsi sebagai pengangkutan yang dikendalikan oleh pengguna di samping membawa bakul isian kain berkapasiti maksima 9.5 kg dari kolej kediaman ke dobi. Berat pengguna yang mampu ditampung papan selaju ini adalah di bawah 75 kg (tidak termasuk isian bakul) dan fungsi utama papan selaju ini hanya digunakan untuk ke dobi sahaja. Platform papan dobi selaju menggunakan papan kayu jenis Bleach dan 3 roda getah berdiameter 10 cm dipasang bagi menggerakkan alat ini. Papan selaju ini dilengkapi dengan pemegang pada papan bagi memudahkan pergerakan dan menstabilkan pengguna yang mengendalikannya. Tambahan bakul di hadapan berfungsi pengisian pakaian atau barang tertentu. Hasil keputusan perekaan produk mendapati jika terlalu banyak isian pakaian yang dibawa tidak dapat meluncur jarak jauh dalam masa tertentu. Hasil keputusan juga mendapati penambahan berat isian pakaian memerlukan masa yang lebih banyak untuk jarak yang tertentu dan jika jarak yang dilalui adalah jauh perlu mengambil masa yang banyak untuk berat isian pakaian yang tertentu. Alat ini mampu membantu memudahkan perjalanan pelajar, mesra alam, dapat dibawa dan disimpan dengan mudah.

Downloads

Published

30-11-2020

Issue

Section

Articles

How to Cite

Hafsa, Kassim, N., Ibrahim, M. A. ., Wan Azmi, W. M. A. A., & Yao, T. H. . (2020). Papan Dobi Selaju. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 2(1), 312-322. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/390

Most read articles by the same author(s)