Aplikasi Penunjuk Aras Stress Anda (PASA)
Keywords:
PASA, Aplikasi PASA, Stres, Aplikasi Stres, Inventori StresAbstract
Aplikasi Penunjuk Aras Stress Anda (PASA), dibangunkan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaanya dalam kalangan pelajar-pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkenaan indikasi stress dan cara-cara menanganinya. Ini kerana, kebanyakan pelajar-pelajar tidak mengetahui bahawa mereka memiliki tahap indikasi stress yang tinggi dan ada dalam kalangan mereka menghadapi kesukaran dalam berjumpa dengan kaunselor di universiti disebabkan sifat malu yang tinggi. Aplikasi PASA ini dibangunkan berdasarkan model ADDIE yang mengandungi lima fasa pembangunan, iaitu Analisis, Reka bentuk, Pembagunan, Pelaksanaan dan Penilaian. Aplikasi PASA dibangunkan dengan mengambil kira maklum balas daripada pihak pelajar berkenaan isi kandungan yang bersesuaian untuk diadaptasikan didalam aplikasi tersebut. Perisian yang digunakan dalam pembangunan aplikasi PASA adalah kombinasi daripada Adobe Illustrator, Adobe Animate dan Adobe Photoshop. Aplikasi PASA juga dibangunkan dengan kerjasama daripada unit Kaunseling UTHM agar bersesuaian dengan keperluan para pelajar UTHM. Aplikasi PASA dilengkapi dengan soalan-soalan penilaian indikasi stress beserta pilihan contoh-contoh terapi dan tips yang telah diselia dan disahkan oleh pihak Kaunseling UTHM. Kajian ini menekankan tentang penggunaan beberapa pendekatan dalam usaha menangani stress dalam kalangan pelajar. Antaranya adalah teknik terapi serta tips yang terbahagi kepada tiga iaitu terapi muzik, terapi senaman serta terapi permainan dalam bentuk seni. Hasil kajian mendapati, aplikasi Penunjuk Aras Stres Anda (PASA) sedikit sebanyak mampu membantu individu yang mengalami tekanan dalam hidup mereka dengan menyediakan kandungan yang berguna dan berfaedah dalam mengurangkan stress dalam kalangan pelajar di UTHM