Pembangunan Sistem Pengurusan Program Secara Dalam Talian

  • Fawwaz Mohd Nasir
  • Farah Wahidah Baharuddin
  • Faakihah Mohammad Nizar
  • Nurhazirah Hazli
Keywords: model air terjun, reka bentuk web responsif, persatuan pelajar

Abstract

Pada masa ini, belum ada lagi satu platform khusus untuk menguar-uarkan program persatuan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Pelajar terpaksa bergantung media sosial dan aplikasi permesejan segera untuk menyebarkan maklumat program, sekali gus menyebabkan maklumat lambat atau tidak sampai kepada kumpulan sasar. Justeru, Sistem Pengurusan Program telah dibangunkan untuk memudahkan pelajar menguar-uarkan dan mendapatkan maklumat program persatuan. Sistem ini dibangunkan berdasarkan model air terjun kerana keperluan sistem adalah jelas dan model tersebut mudah digunakan. Seramai 20 responden telah menyertai ujian penerimaan pengguna dan menjawab soal selidik yang disediakan. Hasil daripada maklum balas, didapati majoriti responden bersetuju sistem ini membantu serta memudahkan pelajar menguar-uarkan dan mendapatkan maklumat program yang dianjurkan.

 

Published
30-11-2020
Section
Articles