Pengasingan Sampah Automatik
Keywords:
Garbage Segregation, Arduino Uno, Servo MotorAbstract
Garbage Segregation merupakan sistem yang membolehkan sisa pepejal untuk diasingkan dengan mudah. Dengan hanya memasukkan sisa pepejal ke dalam projek, sisa pepejal kemudian akan diasingkan mengikut bahagian yang ditetapkan. Spesifikasi sisa pepejal yang boleh digunakan untuk projek ialah besi dan bukan besi (plastik). Apabila di tempat awam, orang awam hanya perlu memasukkan sisa pepejal mereka ke dalam saluran. Setelah sisa pepejal dimasukkan ke dalam saluran, sisa pepejal akan berhenti pada penahan untuk dikenal pasti aruhan keelektromagnetan sesuatu sisa pepejal dan kemudian pergerakan mekanikal akan berlaku yang dilakukan oleh servo motor. Arduino Uno digunakan sebagai mikrokontroler untuk mengawal keseluruhan projek. Sekiranya sisa pepejal yang dimasukkan ialah besi, sampah akan bergerak masuk ke bahagian besi manakala untuk plastik sampah akan bergerak ke bahgian bukan besi. Kesimpulannya, pengasingan sisa pepejal akan menjadi lebih mudah untuk diuruskan menggunakan projek ini.