Sistem Pengawasan Kualiti Air bagi Penanaman Padi di Kampung Sawah Ring, Bukit Gambir

Authors

  • Mohamad Irsyad Hakimi Mohd Raduan student
  • Muhammad Zulfaqar bin Zamrry
  • Muhammad Syahir bin Ramlan
  • Eddy Irwan Shah Saadon

Keywords:

mikro pengawal arduino, suhu, takat pH, tanaman padi

Abstract

Kami mengambil inisiatif untuk membantu para petani di Malaysia dengan penciptaan projek ini.Projek yang menggunakan mikro pengawal arduino ini mampu mengawal paras tangki air yang diperlukan padi dengan secukupnya.Umum mengetahui bahawa Malaysia adalah sebuah negara beriklim Khatulistiwa dimana cuaca yang tidak menentu dapat membantutkan tumbesaran tanaman padi.Selain itu,ia juga dapat mengesan suhu air yang sesuai untuk tanaman padi di Malaysia.Dengan ini,kami dapat mengkaji jenis pengairan dan suhu air yang sewajarnya diperlukan.Sistem pengawasan air dan suhu ini juga mengesan takat pH sebenar air yang dibekalkan ke tanaman padi.Oleh itu,para petani perlu memberikan air yang berada pada takat pH 6 dan tidak tercemar dengan air hujan atau kotoran kepada tanaman padi mereka.Padi memerlukan air yang bersuhu diantara 18℃ hingga 40℃ dan dimana nilai pH bagi ialah diantara 5.0 hingga 6.0 selaras dengan keputusan yang kami perolehi dimana nilai pHnya adalah 5.88 dan suhu air ialah 24.71℃. Akhir kata,kami yakin penciptaan produk ini dapat memberi satu inovasi yang baharu kepada petani untuk menyelesaikan tugasan mereka dengan mudah dan pantas dalam pandemik yang sedang melanda negara kita dan meluangkan lebih masa dengan ahli keluarga.

Downloads

Published

26-07-2022

Issue

Section

Electrical Engineering

How to Cite

Mohd Raduan, M. I. H., Zamrry, M. Z., Ramlan, M. S., & Saadon, E. I. S. (2022). Sistem Pengawasan Kualiti Air bagi Penanaman Padi di Kampung Sawah Ring, Bukit Gambir. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(2), 324-330. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/3496

Most read articles by the same author(s)